Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
264) PEMBERIAN AIR PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan masalah yang dihadapi kerajaan negeri dalam melaksanakan pemberian air percuma?
- Dasar pemberian bekalan air secara percuma bagi 20 meter padu pertama atau potongan RM11.40 kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan telah dilaksanakan di Selangor bermula 1 Jun 2008. Semenjak mula dilaksanakan, tidak ada sebarang masalah pemberian air percuma kepada pengguna domestik yang bermeter
- Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium dan rumah pangsa, pada awalnya mereka menghadapi masalah kerana mereka perlu menukar meter kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Penghuni rumah pangsa menggunakan meter pukal di bawah nama Syarikat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan (MC), persatuan penduduk atau pihak-pihak lain perlu melaksanakan proses migrasi bagi mendapatkan bil air secara terus dari
- Namun demikian, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program “LAPOR DAN DAPAT” (dahulunya dikenali sebagai SISTEM KUPON ) mulai Jun 2010 bagi membolehkan pengguna pangsapuri yang belum mempunyai meter individu dapat menikmati air percuma
-
Apakah keputusan kerajaan negeri untuk menambah jumlah pemberian air percuma sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?
Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk membuat semakan ke atas program pemberian 20 meter padu air percuma ini. Namun apa pun yang diputuskan kelak, matlamat untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah akan dipertahankan oleh Kerajaan Negeri.