Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
216) PEMBERI MILIKAN TANAH & PEMBANGUNAN TANAH KAMPUNG MELAYU OC8 BATU ARANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan kini berkenaan permohonan pemberi milikan tanah & pembangunan tanah Kampung Melayu OC8 Batu Arang?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Susulan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 26 April 2022 di antara Pentadbir Tanah Gombak, pihak Yang Berhormat Rawang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan wakil persatuan penduduk, Pentadbir Tanah Gombak telah memuktamadkan perincian maklumat nama-nama penduduk yang diterima daripada wakil persatuan penduduk.
Perbincangan susulan telah diadakan pada 21 September 2022 oleh Pentadbir Tanah Gombak bersama LPHS dan pihak LPHS akan melaksanakan kajian terperinci berkaitan cadangan penyelesaian dan cadangan pembangunan yang bersesuaian dengan mengambilkira kos pembinaan serta kaedah penawaran rumah kepada penduduk yang terlibat. Kajian terperinci tersebut dijangka dapat disediakan oleh LPHS selewatnya pada Januari 2023.
Selain daripada itu, kawasan Kampung Melayu OC8 adalah terletak di dalam zon Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kajian Warisan Batu Arang yang sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor.
Oleh yang demikian, setelah cadangan penyelesaian dan cadangan pembangunan dimuktamadkan, dengan mengambilkira aspek RKK Kajian Warisan Batu Arang, Pentadbir Tanah Gombak akan menyediakan kertas ringkasan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?