Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
51) PEMBERHENTIAN PEKERJAAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah punca pemberhentian pekerjaaan untuk tempoh 5 tahun lalu (2015-2019)?
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan majikan melaksanakan pemberhentian pekerja. Berdasarkan Borang Laporan Pemberhentian Pekerja 2004 (Borang PK) yang dikemukakan oleh majikan ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor, alasan-alasan pemberhentian pekerja adalah seperti berikut:-
- Kos pengeluaran meningkat
- Kejatuhan permintaan dalam pasaran
- Tukar sistem pengeluaran ke automasi
- Sebahagian operasi pindah tempat lain
- Pengurangan pengeluaran
- Penjualan syarikat
- Penggulungan syarikat
- Kejatuhan pasaran produk
- Sukar mendapat pekerjaan
- Tiada permintaan produk/perkhidmatan
- Outsourcing
- Alasan-alasan lain yang tidak dinyatakan
-
Apakah sektor-sektor pekerjaan yang terlibat dalam tempoh 5 tahun lalu (2015-2019)?
Berdasarkan data Jabatan ini, aktiviti perniagaan utama majikan yang terlibat dalam tempoh 5 tahun iaitu 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:-
- Aktiviti hartanah
- Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
- Aktiviti professional, saintifik dan teknikal
- Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan
- Pendidikan
- Perlombongan dan pengkuarian
- Pengangkutan dan penyimpanan
- Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial
- Kesenian, hiburan dan rekreasi
- Bekalan air; pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan
- Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara
- Pembuatan
- Maklumat dan komunikasi
- Aktiviti kewangan dan insuran/takaful
- Pertanian, perhutanan dan perikanan
- Pembinaan
- Aktiviti perkhidmatan lain
- Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motorsikal
- Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib