Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
54) PEMBERDAYAAN WANITA MELALUI PROGRAM “WORK FROM HOME”?
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini mengenai agenda pemberdayaan golongan wanita melalui "Work From Home"? Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan program ini dan bagaimanakah golongan wanita di Selangor boleh melibatkan diri?
- Agenda pemberdayaan golongan wanita melalui ‘Work From Home’ di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga telah dimulakan melalui projek perintis yang melibatkan penyertaan seramai 87 orang peserta Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sedia ada yang terpilih. Pemilihan penerima KISS sebagai perintis peserta ‘Work From Home’ ini adalah bagi memberi ruang dan peluang agar mereka mampu berdikari untuk menjana pendapatan keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan serta tidak lagi mempunyai sikap kebergantungan kepada bantuan-bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri semata-mata.
Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelbagai syarikat telah menunjukkan minat dan memberikan kerjasama positif untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda ‘Work From Home’ dengan memberikan kemahiran sehingga para peserta ini mampu untuk menjana pendapatan. Kertas-kertas cadangan yang diterima daripada syarikat-syarikat ini akan disaring diperingkat Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga bagi memastikan hanya syarikat yang bukan hanya mampu memberi kemahiran tetapi juga menyediakan ruang pemasaran kepada para peserta. Setelah pemilihan syarikat-syarikat tersebut dimuktamadkan, maka kesesuaian penglibatan golongan wanita akan disenaraikan agar agenda ‘Work From Home’ ini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan wanita di Selangor.