Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

201) PEMBERDAYAAN NELAYAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan dan inisiatif daripada pihak Kerajaan Negeri kepada golongan nelayan setakat ini?

    .Bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan nelayan adalah berbentuk bantuan peralatan yang merangkumi bantuan enjin bot, sampan, pukat, alat pengesan ikan (fish finder), peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dan first aid kit dan bantuan baucer petrol.

    Selain dari itu juga, Kerajaan Negeri turut membantu dari segi membaik pulih jeti-jeti yang rosak serta menyediakan jeti-jeti baharu menggunakan kaedah foating jetty ataupun pontoon.

    Jumlah penerima bantuan melalui insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 hingga 2021 adalah seperti berikut :-

    *Contoh seperti pukat, sampan, enjin bot, alat pengesan ikan (fish finder), tong penyimpanan ikan serta alatan keselamatan nelayan seperti jaket keselamatan dan alat bantuan kecemasan (first aid kit).

  2. Apakah dasar kerajaan dalam pembukaan jeti Nelayan yang baharu?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 3/2015 yang bersidang pada 24 Jun 2015 dan telah disahkan di dalam MMKN Bil 4/2015 yang bersidang pada 1 Julai 2015 telah meluluskan Pelaksanaan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor berdasarkan Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor dan pelaksanaan penguatkuasaan berdasarkan had bilangan jeti bagi sesebuah kawasan iaitu dengan perkara berikut;

    a. Perobohan jeti yang tidak memenuhi kriteria;
    b. Penambahbaikan jeti yang mempunyai potensi dan memenuhi kriteria;
    c. Pengurangan jeti di kawasan yang mencapai kapasiti maksimum; dan
    d. Pengawalan pembinaan jeti baharu.

    Pada masa ini, pembukaan jeti nelayan baharu tidak digalakkan memandangkan pemutihan jeti-jeti sedia ada masih dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.