Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

143) PEMBERDAYAAN KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan PKNS Real Estate untuk memberdayakan semula Kompleks PKNS, Shah Alam sebagai tarikan kepada para pengunjung?

    1. PKNS Real Estate (PREC) telah mengambil langkah pro aktif dalam strategi serta hala tuju untuk mengharungi arus pemodenan yang sedang berlaku.

     

    Melalui itu, PREC telah menjalankan beberapa tarikan baru di Kompleks PKNSShah Alam serta kawasan yang berhampiran diantaranya ialah :

     

     

    i)

    Mewujudkan aktiviti seperti Flea Market serta aktiviti Food Truck di SACC Walk pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam

     

     

    6.00 petang sehingga 12 malam. Flea Market menawarkan barangan vintage/antik, aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan buskers dan banyak lagi aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan. Jualan barangan di Flea Market ini telah melalui saringan bagi memastikan produk yang dijual itu tidak menyamai dengan penyewa-penyewa yang sedia ada di Kompleks PKNS Shah Alam. PREC mementingkan kepelbagaian produk dan Flea Market ini bertujuan menambahkan bilangan pengunjung yang datang ke Kompleks di sebelah petang.

     

    1. PREC juga komited untuk menjadikan Kompleks PKNS Shah Alam sebagai Hub Haji dan Umrah serta memenuhi keperluan muslimin dan muslimat.

     

    • Kompleks PKNS Shah Alam merupakan bangunan ikonik di Shah Alam dan ‘hybrid mall’ yang menggabungkan bazar dengan ‘mall’ serta telah

     

     

    mengambil alih peranan Wisma Yakin, Kuala Lumpur dalam menyediakan keperluan harian dan pakaian serta juadah sambutan perayaan terutamanya bulan ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri/Aidil Adha

     

    1. PREC dalam perancangan untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak Tourism Selangor bagi memastikan Kompleks PKNS Shah Alam sebagai salah satu destinasi program pelancongan bagi tempat yang perlu dikunjungi di Selangor.

     

    1. PREC banyak mengadakan kerjasama dengan media cetak dan elektronik dengan tujuan bagi membuat hebahan serta publisiti dari segi liputan media terhadap Kompleks PKNS Shah Alam.

     

    1. PREC mengadakan variasi dan penambahan penyewa serta produk seperti :

     

    1. Boat Noodle

     

    1. Burger King

     

    1. Kedai Ustaz(aksesori telefon)

     

    1. Mahnaz

     

    1. Restoran Vanggey

     

    dan lain-lain agar dapat memenuhi citarasa dan keperluan para pengunjung.

     

    • Tarikan-tarikan lain yang telah dirancang bagi pengunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam dengan aktiviti untuk kanak-kanak seperti Choo-Choo Train, Kiddy Ride, Inflattable Castle dan banyak lagi.

     

    • Tayangan rancangan/program TV secara langsung bagi memberikan kemudahan kepada para pengunjung seterusnya menjadikan Kompleks PKNS Shah Alam kekal relevan dari masa ke semasa.

     

    1. Mewujudkan ruang yang dikenali sebagai Tempat Orang Lokal (TOL) dengan pengisian hiburan dan aktiviti pertandingan dan jualan ‘happy hour’ dari usahawan TOL yang mampu menarik minat pengunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam. Antara barisan artis yang pernah membuat persembahan di TOL adalah Elly Mazlein, Wany Hasrita, Ifa Raziah, Siti Nordiana dan ramai lagi. Disamping itu juga TOL menyediakan peluang baik untuk usahawan bumiputera yang memerlukan ruang niaga permulaan bagi perniagaan. TOL berkonsep ‘micro retailing’ bertujuan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil sederhana untuk

     

     

    menjalankan perniagaan. Dijangka terdapat pertambahan 20% pengunjung muda ke Kompleks PKNS dengan wujudnya TOL.

  2. Apakah strategi PKNS Real Estate bagi membantu peniaga dan penyewa yang beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk meningkatkan hasil jualan mereka?

    1. Dalam mengharungi ekonomi yang semakin mencabar serta kewujudan pesaing-

     

    pesaing baru didalam pasaran perniagaan terutama perniagaan e-dagang, PREC sedar bahawa para peniaga mengalami cabaran dalam meraih jualan yang tinggi.

     

    Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, e-dagang menyumbang sebanyak RM86.5 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 dengan pertumbuhan tahunan pada 12.5 peratus. Jumlah ini dijangka akan bertambah dengan pesat dalam tahun-tahun yang mendatang.

     

    Di samping itu, Google baru-baru ini meningkatkan ramalannya dengan menyatakan sektor e-dagang berkembang lebih cepat daripada dijangkakan dan akan meraih RM426 bilion dalam nilai barangan kasar ‘Gross Market Value’ (GMV) menjelang 2025.

     

    PREC mengambil langkah-langkah proaktif bagi membantu meningkatkan hasil jualan penyewa-penyewa Kompleks PKNS Shah Alam melalui usaha-usaha berikut:

     

    1. Penjenamaan Semula

     

    Membuat penjenamaan semula untuk Kompleks PKNS Shah Alam dengan menaiktaraf fasiliti serta fasad bangunan supaya kekal berdaya saing dan kekal relevan didalam pasaran. PREC telah membelanjakan hampir RM5 juta dan masih giat dalam menjalankan kerja-kerja naiktaraf penghawa dingin, ‘chiller’, surau, tandas, dan lain-lain. Terbaru, proses

     

    mengecat bahagian luar bangunan Kompleks PKNS Shah Alam yang memakan masa selama 4 bulan telah menelan perbelanjaan sebanyak RM3.4 juta. Naiktaraf ini dirasakan sangat perlu memandangkan kali terakhir proses mengecat bangunan itu dilakukan pada 15 tahun lalu iaitu pada tahun 1995. Ini semua dilakukan bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung supaya menghabiskan lebih banyak masa di Kompleks PKNS Shah Alam.

     

    1. Penaiktarafan Jabatan Imigresan Malaysia

     

    PREC membelanjakan sebanyak RM7 juta bagi menaiktaraf Jabatan Imigresen Malaysia pada suku tahun kedua agar mereka kekal beroperasi di Kompleks PKNS Shah Alam. Langkah ini perlu dilakukan bagi

     

    memudahkan penduduk Shah Alam untuk berurusan mengenai paspot keluar masuk negara serta urusan-urusan lain yang berkaitan, sekaligus

     

    meningkatkan jumlah pengunjung dan urusan perniagaan di kalangan penyewa.

     

    • Penambahan Penyewa Berprofil Tinggi

     

    Mengekalkan kadar penghunian sebanyak 95% pada suku tahun pertama dengan membawa masuk pelbagai penyewa-penyewa yang berprofil tinggi seperti Burger King, Vanggey, Mahnaz, Boat Noodle, Chatime, Kedai Ustaz, 7 Eleven dan lain-lain lagi.

     

    1. Hebahan dan Publisiti

     

    PREC juga membuat hebahan dan publisiti secara agresif dan meluas di media sosial dengan mempromosikan produk-produk penyewa. Selain itu, PREC memberikan kerjasama kepada para penyewa dengan pemberian ruang-ruang pengiklanan secara percuma seperti papan pengiklanan, skrin digital, ‘lift wrap’, ‘flyers’ dan lain-lain bagi tujuan mempromosikan produk mereka dengan lebih berkesan.

     

     

     

    1. Aktiviti Promosi

     

    PREC mengambil langkah memberikan peluang kepada para peniaga untuk melibatkan diri di dalam program-program promosi yang dianjurkan oleh PREC setiap bulan bagi membantu para peniaga meningkatkan hasil jualan mereka. PREC telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM1.4 juta setahun melalui aktiviti promosi dan penyediaan keperluan penganjuran program.

     

    1. Program ‘Year End Sale’

     

    Mempergiatkan penganjuran program dengan kerjasama para peniaga seperti ‘Year End Sale’, ‘Back To School’ dan sebagainya. Semua

     

     

    program tersebut menjadi platform bagi para peniaga mempromosikan produk mereka di kawasan atrium pada hujung bulan.

     

    • Festival Ramadan Selangor

     

    Mengadakan acara-acara yang berimpak tinggi seperti Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) yang penuh dengan pengisian pentas dan telah menaikkan kadar pengunjung sebanyak 40% sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2018 berbanding 2017.

     

    • Program PREC Apprenticeship

     

    Program PREC Apprenticeship turut dianjurkan dengan kerjasama pihak IPTA/IPTS (MSU, Unisel, UIA) dengan mengadakan pertandingan pemasaran dalam talian atau digital. Program yang menelan belanja RM20,000 ini adalah bertujuan bagi membantu para peniaga untuk memasarkan produk melalui pemasaran dalam talian atau digital seperti media sosial dan laman sesawang, video (Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya). Para pelajar turut dibekalkan dengan ilmu baru mengenai pemasaran digital melalui kelas yang diadakan semasa tempoh pertandingan. Walaubagaimanapun Program PREC Apprenticeship ini kurang mendapat sambutan daripada kalangan pelajar memandangkan ini merupakan penganjuran buat kali pertama disebabkan kekangan masa oleh para pelajar.

     

    Namun pihak PREC bercadang untuk meneruskan penganjuran ini dengan penglibatan pelajar dalam skala yang lebih besar pada tahun 2019.

     

     

     

    1. Pengagihan Geran MARTADE

     

    PREC sedang bekerjasama dengan syarikat Avana yang merupakan rakan strategik rasmi Facebook untuk mengagihkan geran kepada para penyewa daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjumlah RM5,000 bagi setiap peniaga untuk mewujudkan laman sawang e-dagang dan mempromosikan produk secara digital.

     

    1. Aplikasi Teknologi Pembayaran

     

    PREC dalam proses untuk mengaplikasikan teknologi pembayaran secara digital melalui “e-wallet” iaitu dengan kerjasama Mruncit

     

    Commerce Sdn Bhd atau M Cash yang telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia. Di samping itu, aplikasi “e-wallet” lain seperti Touch N Go, Boost dan Grab Pay juga telah mendekati para penyewa untuk mempromosikan penggunaan aplikasi mereka. Inisiatif ini adalah penting bagi menambah pilihan platform bayaran dan memudahkan para pembeli.

Lampiran

Tiada Lampiran.