Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

157) PEMBENIHAN AWAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos pembenihan awan yang telah dikeluarkan pada tahun 2013 dan 2014?

    Pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) tiada dilaksanakan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, penyusutan paras empangan dan kadar taburan hujan yang rendah pada awal tahun 2014 telah menyebabkan OPA dilaksanakan secara intensif pada tahun ini. Terdapat dua (2) kaedah operasi pembenihan awan yang dijalankan iaitu melalui penggunaan hygroscopic flare dan juga larutan garam (sodium klorida). Jumlah operasi pembenihan awan yang telah dijalankan di kawasan tadahan air empangan Negeri Selangor terutamanya Empangan Sungai Selangor dari bulan Mac sehingga November (10 Nov) 2014 ialah sebanyak 193 kali dengan jumlah kos keseluruhan ialah RM 3,467,597.59.

  2. Nyatakan lokasi dan hasil yang diperolehi dari pembenihan awan ini?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan air empangan Negeri Selangor terutamanya Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Ini adalah bagi tujuan meningkatkan kadar intensiti hujan dan seterusnya paras air

     

    Berdasarkan analisis peratusan hujan berdasarkan pelaksanaan OPA bagi Empangan Sungai Selangor 2014, nilai peratusan tertinggi 100% bersamaan jumlah hujan sebenar iaitu 344.3 mm pada bulan Ogos berbanding nilai peratusan terendah 36% (43.37 mm) daripada jumlah hujan sebenar iaitu

    119.86 mm pada bulan April. Manakala bagi analisis peratusan hujan berdasarkan pelaksanaan OPA bagi Empangan Sungai Tinggi, nilai peratusan tertinggi 56% (338 mm) berbanding jumlah hujan sebenar iaitu 601 mm pada bulan April, nilai peratusan terendah 8.5% (40 mm) berbanding jumlah hujan sebenar iaitu 527 mm pada bulan Oktober. Peningkatan paras empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi daripada paras air terendah bulan Ogos dan September berbanding dengan data pada 10 November 2014 adalah seperti berikut:

     

     

     

     

    Empangan

    Paras Empangan Terendah

     

    % Kapasiti takungan

     

    Tarikh paras terendah

     

    Paras Empangan

     

    % Kapasiti takungan

     

    Tarikh rekod pada 10 Nov 2014

    Peningkatan paras empangan

     

    % peningkatan kapasiti takungan

     

    Sungai Selangor

     

    186.10m

    31.84%

    10 Ogos 2014

     

    199.40m

    52.2%

     

    13.3m

    20.36%

     

    Sungai Tinggi

     

    48.82m

    40.42%

    24 Sept 2014

     

    50.78m

    49.63%

     

    1.96m

    9.21%

     

    Dalam hubungan ini, pelaksanaan OPA adalah membantu dalam meningkatkan paras air empangan dan aliran air sungai. Walau bagaimanapun inisiatif Lembaga dengan menjalankan operasi pengepaman air kolam di Bestari Jaya ke Sungai Selangor juga telah membantu bagi mengelakkan kejadian catuan air daripada berulang setelah catuan air pertama pada sekitar bulan Mac hingga April.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.