Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

55) PEMBENIHAN AWAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ÔThe Royal Rainmaking TechnologyÕ?

    The Royal Rainmaking Technology adalah teknologi/kaedah yang digunakan oleh Royal Rainmaking and Agricultural Aviation Department di Thailand untuk melakukan pembenihan awan di negara mereka.

  2. Apakah teknologi dari Thailand ini tidak sama dengan teknologi pembenihan awan yang dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sekarang ini?

    Kaedah yang digunakan oleh Negara Thailand adalah berbeza dan lebih maju berbanding di Malaysia yang hanya menggunakan ‘hygroscopic flare’. ‘Flare’ akan dibakar dan menghasilkan partikel halus untuk bertindakbalas apabila wujudnya awan kumulus menara yang seterusnya menghasilkan hujan.

    Manakala teknik perubahan cuaca (weather modification) yang digunakan oleh Negara Thailand bagi operasi pembenihan awan di Thailand dikenali sebagai “Teknik Sandwich” yang mana menggunakan pelbagai bahan seperti  ais kering, sodium klorida, kalsium klorida dan lain-lain lagi pada altitud ketinggian yang berbeza. Beberapa kapal terbang akan diperlukan untuk menjalankan operasi pembenihan awan tersebut secara serentak bagi meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan.

Lampiran

Tiada Lampiran.