Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
36) PEMBENIHAN AWAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah jerebu dan kemarau pada masa akan datang?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) komited untuk melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air empangan Negeri Selangor bagi meningkatkan intensiti hujan yang seterusnya akan meningkatkan kapasiti takungan empangan bermula pada 21 Februari 2015 hingga 31 Disember 2015 tertakluk kepada kesesuaian cuaca. Walau bagaimanapun bagi operasi pembenihan yang melibatkan masalah jerebu ia dikendalikan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama pihak pembekal perkhidmatan yang
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk melakukan kerjasama pembenihan awan dengan pihak luar?
Pada masa ini operasi pembenihan awan dijalankan menggunakan tenaga kepakaran di dalam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan pembekal perkhidmatan yang dilantik iaitu syarikat AFJets Sdn. Bhd. dan tidak melibatkan kerjasama dengan pihak luar. Bahan yang digunakan bagi operasi pembenihan awan ialah ‘hygroscopic flare’ merupakan hablur garam Natrium Chlorida (NaCl) bersaiz nano yang bertindak sebagai Cloud Condensation Nuclear (CNN) yang diperlukan oleh wap air di udara untuk menjadi titisan air hujan. Sehingga 26 Oktober 2015, sebanyak 406 penerbangan telah