Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

199) PEMBENIHAN AWAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri sudah bersedia untuk melakukan pembenihan awan sekiranya berlaku kemarau panjang di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui LUAS telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi musim kemarau panjang di Negeri Selangor dengan pelantikan syarikat pembekal perkhidmatan AFJets Sdn. Bhd. bagi melaksanakan operasi pembenihan awan pada tahun Operasi pembenihan awan yang pertama ialah pada 21 Februari 2015 di mana kawasan sasaran ialah Empangan Sungai Selangor dan ia diteruskan sehingga ke hari ini tertakluk kepada kesesuaian cuaca. Ini adalah bagi meningkatkan kadar intensiti hujan di kawasan lembangan sungai untuk menambahkan aliran air sungai dan kawasan tadahan empangan yang seterusnya akan meningkatkan paras air empangan.

  2. Bagaimanakah kaedah kerajaan negeri melantik perunding pembenihan awan?

    Kaedah pelantikan pembekal perkhidmatan (AFJets Sdn. Bhd.) bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan ialah dengan kaedah perolehan secara lantikan terus setelah mendapat kelulusan YB Pegawai Kewangan Negeri. Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender) dalam perkara 4 dimana “sebarang pengecualian daripada peraturan yang ditetapkan dalam SPP ini hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Perbendaharaan”. Pembekal perkhidmatan yang dilantik merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pelaksanaan operasi pembenihan awan di Malaysia dengan menggunakan kaedah ‘hygroscopic flare’. Pihak syarikat merupakan  pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh LUAS bagi tahun 2014 melalui kelulusan YB Pegawai Kewangan Negeri. Syarikat yang sama juga yang telah dilantik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk menjalankan operasi pembenihan awan di negeri-negeri lain di Malaysia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.