Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

307) PEMBELIAN ASET KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan aset Kerajaan Negeri yang telah dibeli pada tahun 2014-2016 serta nilainya

    Aset ialah sumber yang dikawal oleh entiti, hasil daripada peristiwa lampau dan memberi manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti. Aset boleh diklasifikasikan kepada dua (2) jenis iaitu Aset Ketara dan Aset Tak

    Aset Ketara (Tangible Asset) adalah aset yang mempunyai kewujudan fizikal yang boleh disentuh atau dipegang untuk kegunaan dalam pengeluaran atau pembekalan barangan atau perkhidmatan, untuk disewakan kepada pihak lain, atau untuk kegunaan urusan pentadbiran dan dijangka akan digunakan bagi jangka masa yang melebihi daripada satu tempoh pelaporan. Dalam kata lain, Aset Ketara ini merangkumi aset alih dan aset hidup (Haiwan & Tumbuhan).

    Manakala, Aset Tak Ketara (Non-Tangible Asset) ialah aset bukan kewangan yang dapat dikenalpasti tanpa kewujudan secara fizikal yang terbahagi kepada Harta Intelek dan Harta Bukan Intelek.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyelenggara rekod-rekod aset ini khusus bagi dua puluh (25) Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri sahaja. Selaras dengan prinsip entiti yang berasingan, rekod-rekod aset bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri dan Anak-Anak Syarikat diselenggara oleh entiti tersebut sendiri dan tertakluk kepada standard perakaunan semasa.

    Berdasarkan rekod, aset Kerajaan Negeri yang telah dibeli pada tahun 2014 hingga 2016 adalah terdiri dari enam belas (16) kategori yang diringkaskan seperti berikut:-

     

    Jadual 1

     

    Pembelian Aset Oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Tahun 2014

     

    Bil. Kategori Nilai (RM)
    1. Peralatan Dan Kelengkapan ICT 745,923.36
    2. Peralatan Dan Kelengkapan Pejabat 852,545.72
    3. Peralatan Dan Kelengkapan Dapur 590.00
    4. Peralatan Dan Kelengkapan Makmal 0.00
    5. Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi 15,200.00
    6. Peralatan Dan Kelengkapan Penyiaran 0
    7. Peralatan Dan Kelengkapan Keselamatan 0
    8. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Bengkel/Kejuruteraan 0
    9. Peralatan Dan Kelengkapan Alam Sekitar 0
    10. Peralatan Dan Kelengkapan Perubatan 0
    11. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Sukan/Rekreasi/Muzik 0
    12. Peralatan Dan Kelengkapan Pertanian/Hutan 4,600.00
    13. Kenderaan 1,380,728.08
    14. Loji/Jentera  
    15. Perabot 405,065.80
    16. Hiasan/Langsir/Hamparan 108,272.00
      JUMLAH 3,512,924.96

     

    Jadual 2

     

    Pembelian Aset Oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Tahun 2015

     

     

    Bil. Kategori Nilai (RM)
    1. Peralatan Dan Kelengkapan ICT 413,183.30
    2. Peralatan Dan Kelengkapan Pejabat 292,281.50
    3. Peralatan Dan Kelengkapan Dapur 0.00
    4. Peralatan Dan Kelengkapan Makmal 0.00
    5. Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi 2,590.00
    6. Peralatan Dan Kelengkapan Penyiaran 5,480.00
    7. Peralatan Dan Kelengkapan Keselamatan 180.00
    8. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Bengkel/Kejuruteraan 2,050.00
    9. Peralatan Dan Kelengkapan Alam Sekitar 1,450.00
    10. Peralatan Dan Kelengkapan Perubatan 0.00
    11. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Sukan/Rekreasi/Muzik 1,043.00
    12. Peralatan Dan Kelengkapan Pertanian/Hutan 0.00

     

    13. Kenderaan 1,022,315.93
    14. Loji/Jentera 6,960.00
    15. Perabot 384,774.96
    16. Hiasan/Langsir/Hamparan 4,480.00
      JUMLAH 2,316,788.69

     

    Jadual 3

     

    Pembelian Aset Oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Tahun 2016

     

     

    Bil. Kategori Nilai (RM)
    1. Peralatan Dan Kelengkapan ICT 398,370.80
    2. Peralatan Dan Kelengkapan Pejabat 610,461.01
    3. Peralatan Dan Kelengkapan Dapur 8,782.25
    4. Peralatan Dan Kelengkapan Makmal 0.00
    5. Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi 5,070.00
    6. Peralatan Dan Kelengkapan Penyiaran 0.00
    7. Peralatan Dan Kelengkapan Keselamatan 5,030.00
    8. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Bengkel/Kejuruteraan 0
    9. Peralatan Dan Kelengkapan Alam Sekitar 0
    10. Peralatan Dan Kelengkapan Perubatan 0
    11. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Sukan/Rekreasi/Muzik 0
    12. Peralatan Dan Kelengkapan Pertanian/Hutan 0
    13. Kenderaan 1,784,709.94
    14. Loji/Jentera 0
    15. Perabot 656,010.50
    16. Hiasan/Langsir/Hamparan 123,822.00
      JUMLAH 3,592,256.50
  2. Nyatakan aset Kerajaan Negeri yang akan dibeli sebagaimana dalam peruntukan Bajet Selangor 2017

    Berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2017, berikut adalah aset-aset yang akan dibeli oleh Kerajaan Negeri mengikut kategori:-

    Jadual 4

    Rancangan Pembelian Aset Oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Tahun 2017

     

    Bil. Kategori Nilai (RM)
    1. Peralatan Dan Kelengkapan ICT 1,543,000.00
    2. Peralatan Dan Kelengkapan Pejabat 876,428.50
    3. Peralatan Dan Kelengkapan Dapur 0
    4. Peralatan Dan Kelengkapan Makmal 0
    5. Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi 25,650.00
    6. Peralatan Dan Kelengkapan Penyiaran 0
    7. Peralatan Dan Kelengkapan Keselamatan 357,000.00
    8. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Bengkel/Kejuruteraan 193,500.00
    9. Peralatan Dan Kelengkapan Alam Sekitar 0
    10. Peralatan Dan Kelengkapan Perubatan 0
    11. Peralatan                  Dan                                   Kelengkapan Sukan/Rekreasi/Muzik 0
    12. Peralatan Dan Kelengkapan Pertanian/Hutan 37,000.00
    13. Kenderaan 8,459,800.00
    14. Loji/Jentera 991,200.00
    15. Perabot 2,781,638.00
    16. Hiasan/Langsir/Hamparan 0.00
      JUMLAH 15,265,216.50

Lampiran

Tiada Lampiran.