Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

61) PEMBELAAN PARA PENIAGA KOMPLEKS PKNS

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu dan membela para Peniaga di Kompleks PKNS seperti di Shah Alam, Bangi dan Kuala Selangor pasca pandemik COVID-19?

    Antara usaha Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui anak syarikatnya, PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) dalam membantu meringankan beban peniaga di Kompleks PKNS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut :

    1. Pengecualian Bayaran Sewa

    Lanjutan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada 15 Jun 2021 dimana ianya telah disambung hingga tarikh terkini iaitu 02 hingga 13 Ogos 2021, PKNS telah memutuskan untuk memberi pengecualian bayaran sewaan kepada semua penyewa (Non-Essential) Shah Alam bagi sepanjang tempoh diatas sehingga mereka dibenarkan untuk kembali beroperasi.

    2.Rebat Sewaan

    Pemberian rebat  pembayaran sewa daripada 10% sehingga 50% kepada para penyewa Kompleks PKNS sejak April 2020 sehingga

    September 2020 bergantung kepada jenis perniagaan. Pemberian

    rebat ini diberikan berikutan kesan dari krisis pandemik Covid-19 yang rata-rata menjejaskan ekonomi para peniaga.

    1. Pengecualian pembayaran faedah lewat bayar

    PREC turut memberikan pengecualian pembayaran faedah lewat bayar dari bulan Jun 2020 sehingga Disember 2021.

    1. Bazaarlokal

    PREC mewujudkan platform e-dagang iaitu Bazaarlokal untuk para peniaga melakukan bisnes secara dalam talian dan kos-kos pemasaran ditanggung oleh pihak PREC. PREC turut memberikan bimbingan asas untuk para peniaga berdaftar dengan Bazaarlokal. Setakat ini Bazaarlokal sudah mempunyai lebih 500 produk yang dimuatnaik dengan lebih 200 peniaga.

    1. Aktiviti di Ruang Legar (Program Jom Beli)

    PREC menyediakan ruang bagi penganjuran program promosi di Ruang Legar KPSA di bawah program Jom Beli. PREC tidak mengenakan caj sewaan kepada para peniaga sebaliknya para peniaga hanya dikenakan caj minimum bagi kos-kos penyediaan seperti lesen dari pihak MBSA, pengawal keselamatan RELA, kelengkapan patuh SOP COVID-19, penyediaan booth, karpet, kerusi dan meja.

    1. Promosi di media sosial

    PREC turut membantu para penyewa dengan giat melakukan promosi melalui media sosial KPSA dan juga media sosial PREC.

    1. Promosi di ruang-ruang iklan KPSA

    PREC turut melakukan promosi di ruang-ruang iklan di dalam bangunan KPSA iaitu secara paparan di 12 buah televisyen dan bunting.

  2. Apakah perancangan jangka pendek dan panjang bagi membolehkan para peniaga dapat terus menjalankan perniagaan?

    Berikut merupakan usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan untuk memastikan para peniaga dapat meneruskan perniagaan :

    1. Pelan Jangka Pendek

    PKNS telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran sewaan kepada semua penyewa (Non-Essential) Shah Alam bagi sepanjang tempoh diatas sehingga mereka dibenarkan untuk kembali beroperasi serba sedikit dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh penyewa-penyewa.

    PREC turut menyediakan platform pembelian secara dalam talian, contoh: Bazaarlokal.com diwujudkan bagi membantu peniaga memasarkan barangan mereka tanpa sempadan. Antara perkara-perkara lain seperti di perkara (a).

    1. Pelan Jangka Panjang

    PKNS bercadang akan bersama-sama dengan peniaga bagi mempromosikan Kompleks PKNS Kuala Selangor bagi menarik perhatian orang awam dengan medium pengiklanan secara atas talian (online) serta menyediakan platform dengan kerjasama Shopee ataupun Lazada memandangkan ianya adalah trend pembelian sebarang produk pada masa kini.

    Pada masa yang sama, PKNS juga bercadang untuk menganjur program-program yang bersesuaian seperti jualan penghabisan stok bagi membantu peniaga untuk menghabiskan stok yang telah lama disimpan. Kursus-kursus perniagaan secara online juga boleh diberikan kepada peniaga sebagai salah satu langkah persediaan bagi menjalankan perniagaan di waktu pendemik ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.