Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
145) PEMBEKUAN TANAH T.O.L
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan tanah T.O.L di Selangor mengikut DUN?
Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), berikut adalah jumlah kelulusan dan keluasan TOL di Negeri Selangor mengikut daerah:
BIL. DAERAH JUMLAH KELULUSAN TOL KELUASAN (EKAR) KADAR BAYARAN TOL (RM) 1. Gombak 20 5.68 25,600.00 2. Hulu Langat 36 2.15 60,500.00 3. Klang 1,085 184,143.00 682,425.70 4. Hulu Selangor 8 15.00 4,865.00 5. Kuala Langat 144 299.98 611,643.48 6. Kuala Selangor 44 13.30 7,750.00 7. Petaling 40 48.51 755,555.00 8. Sabak Bernam 6 6.16 19,584.00 9. Sepang 14 1.94 41,590.00 JUMLAH KESELURUHAN 1,397
184,535.72
2,209,513.18
Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)
-
Apakah status tanah T.O.L yang dibekukan?
Berdasarkan keputusan terbaharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2015 pada 25 Mac 2015, Kerajaan Negeri hanya meluluskan pengeluaran TOL atas tanah rizab kerajaan bagi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Tapak semaian / tapak jualan pokok hiasan
- Tanaman kontan
- Pondok pengawal
- Papan iklan (billboard)
- Tempat meletak kereta