Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

195) PEMBAYARAN PREMIUM TANAH TERTUNGGAK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pembayaran premium tanah tertunggak di Selangor dari 2014-2017.

    a) dan b)

    Tiada istilah bayaran premium tertunggak kerana tempoh masa yang digunapakai bagi Borang 5A adalah selama satu (1) tahun dan Borang 7G adalah selama enam (6) bulan. Sekiranya didapati pihak pemohon gagal untuk membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, tanah tersebut akan kembali menjadi Tanah Kerajaan di bawah Pemberimilikan Tanah Kerajaan. Manakala bagi urusan Pembangunan Tanah, kegagalan pembayaran premium juga akan menyebabkan tanah tersebut kembali kepada kategori kegunaan tanah dan syarat nyata yang terdahulu.

    Selain itu, Kerajaan Negeri telah  memberi pilihan kaedah bayaran kepada pemohon untuk menjelaskan bayaran premium melalui Pekeliling PTGS Bil 1/2016 (kaedah pembayaran premium dan premium tambahan ke atas kelulusan permohonan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Negeri Selangor) seperti berikut:-

    Melanjutkan tempoh bayaran premium dan premium tambahan seperti berikut:-

    Pembayaran premium Notis Borang 5A 12 bulan
    Pembayaran premium tambahan Notis Borang 7G 6 bulan + 1 bulan (tambahan caj 3%)

     

    Pengurangan bayaran premium sehingga 42% melalui pemendekan tempoh pegangan pajakan daripada 99 tahun kepada 60 tahun.

     

  2. Nyatakan jumlah penama/ pemilik yang gagal membayar premium tanah tersebut mengikut PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.