Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
320) PEMBAYARAN LUAR JANGKA OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pembayaran luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2023 dan 2024 termasuk penyelesaian luar mahkamah dan Certificate of Judgment Against the Government dan juga perintah-perintah mahkamah yang lain? Nyatakan perincian bagi setiap pembayaran.
Implikasi kewangan bagi pembayaran luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi menampung perbelanjaan serta penyelesaian kes-kes mahkamah untuk tahun 2023 dan 2024 adalah berjumlah RM495,314,432.51 seperti perincian berikut:
TAHUN 2023
BIL PERKARA
JUMLAH (RM)
1. Tambahan peruntukan bagi Pemberian Awal Award Tunai Gantian Cuti Rehat, Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56 dan peruntukan Jabatan yang tidak mencukupi berdasarkan trend perbelanjaan Jabatan sehingga Disember 2023. 112,872,490.90
2. Caruman balik kepada Tabung Amanah Rumah Mampu Milik bagi menampung komitmen pada tahun 2023. 12,000,000.00
3. Caruman balik kepada Kumpulan Wang Belanja Mengejut. 5,661,879.44
4. Tambahan Siling Kumpulan Wang Belanja Mengejut. 15,000,000.00
5. Bayaran penyelesaian luar mahkamah ke atas Kes Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam No Guaman: BA-21NCVC-72-10/2017 Antara Puncak Niaga Holdings Berhad Selaku Plaintif Dan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali Dan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Selaku Defendan-Defendan dan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam No Guaman : BA-22NCVC 228-04/2017 antara Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd selaku Plaintif dan Puncak Niaga Holdings Berhad selaku Defenden. 45,000,000.00
6. Bayaran penyelesaian kes-kes mahkamah yang lain seperti di Lampiran A. 3,825,491.38
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
194,359,861.72
TAHUN 2024
BIL PERKARA
JUMLAH (RM)
1. Pelarasan Kenaikan Skim Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 selaras dengan Pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia kepada semua penjawat awam (berkuatkuasa Disember 2024). 8,000,000.00
2. Tambahan peruntukan Jabatan yang dijangka tidak mencukupi berdasarkan trend perbelanjaan Jabatan sehingga Disember 2024 bagi peningkatan bayaran utiliti, bantuan geran Kerajaan Negeri, kos sewaan,kenaikan SST kepada 8% dan penyelenggaraan bangunan/ kenderaan Jabatan. 94,000,000.00
3. Pemberian Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (dibayar pada Februari 2024). 33,000,000.00
4. Tambahan Siling Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan. 15,000,000.00
5. Tambahan peruntukan Pembangunan. 40,000,000.00
6. Bayaran penyelesaian luar mahkamah bagi penarikan kelulusan yang diberi kepada Syarikat Sim Swee Sdn Bhd untuk projek ladang hutan getah di sebahagian kompartmen 7 dan kompartmen 29 Hutan Simpan Bukit Belata, Hulu Selangor. 30,000,000.00
7. Bayaran penyelesaian Mahkamah Persekutuan: Permohonan sivil No:08(i)-302-06/2022(B) di antara Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat dan 2 Lagi dengan Bandar Tanming Sdn Bhd. 75,000,000.00
8. Bayaran penyelesaian kes mahkamah yang lain seperti di Lampiran B. 5,954,570.79
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
300,954,570.79
*Nota : Bagi perkara 1 hingga 5, perkara ini akan dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas Tahun 2024 pada 15 hinggga 28 November 2024.