Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
51) PEMBAYARAN DI BAWAH SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pembayaran telah dibuat setiap tahun di bawah SKIM Mesra USIA EMAS (SMUE) dari tahun 2008 hingga 2015?
Skim Mesra Usia Emas merupakan antara program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang paling awal diwujudkan bermula pada tahun 2008. Ia bertujuan untuk menjaga kebajikan Warga Emas dan OKU dalam urusan berkaitan pengurusan jenazah apabila Ahli yang berdaftar meninggal
Proses pembayarannya pula akan melibatkan dua (2) fasa ia itu bayaran Fasa Pertama bernilai RM1000.00 akan dibuat di peringkat DUN dan bayaran Fasa Kedua akan dilaksanakan di peringkat Pejabat Daerah. Bayaran Fasa Kedua pula akan dibuat dalam tempuh dua (2) bulan selepas bayaran Fasa Pertama diselesaikan.
Jumlah bayaran mengikut pecahan tahun adalah seperti jadual yang dikemukakan di bawah.
PEMBAYARAN SMUE MENGIKUT TAHUN
Tahun Jumlah (RM)
2008 867,000 2009 19,764,000 2010 21,515,500 2011 20,700,500 2012 24,725,500 2013 21,648,000 2014 30,303,000 2015 26,345,500 Jumlah 165,869,000 -
Berapakah jumlah penerima sumbangan SMUE mengikut pecahan kaum Melayu, India , Cina dan lain-lain setiap tahun dari 2008 hingga 2015?
Untuk jumlah penerima sumbangan setiap tahun mengikut pecahan kaum pula, ia adalah seperti jadual
Statistik Penerima Sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) mengikut tahun
Tahun Melayu Cina India Lain-Lain JUMLAH (orang)
2008 480 272 113 1 866 2009 3,595 3,308 1,292 96 8,291 2010 3,515 3,661 1,417 80 8,673 2011 3,595 3,917 1,440 71 9,023 2012 3,832 4,141 1,698 99 9,770 2013 3,634 3,580 1,727 166 9,107 2014 4,067 4,780 1,939 122 10,908 2015 4,180 4,691 1,809 89 10,769 JUMLAH 26,898 28,350 11,435 724 67,407 -
Berapa ramai warga emas telah mendaftar di bawah SMUE, senaraikan bilangan mendaftar setiap tahun dari 2008 hingga 2015?
Sehingga bulan Disember 2015, seramai 229,148 orang telah berdaftar sebagai Ahli Skim Mesra Usia Emas. Senarai pendaftaran mengikut tahun adalah seperti jadual di
Statistik Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) mengikut tahun
Tahun Melayu Cina India Lain-Lain JUMLAH 2008 254 399 56 2 711 2009 47,964 56,617 14,158 743 119,482 2010 9,157 10,356 4,224 261 23,998 2011 9,105 14,591 5,154 306 29,156 2012 9,988 13,292 6,110 350 29,740 2013 6,646 6,296 3,560 190 16,692 2014 6,265 4,955 2,728 143 14,091 2015 5,716 4,518 2,340 102 12,676 JUMLAH 95,095 111,024 38,330 2,097 246,546