Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

287) PEMBAYARAN CAJ PEMAJUAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah pengiraan Caj Pemajuan dilakukan sebelum kebenaran merancang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

    Kaedah-kaedah Caj Pemajuan 2010 bagi Negeri Selangor telahpun diwartakan pada 25 November 2010 dengan No. Warta Sel.PU.36. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor telah menerima pakai kaedah-kaedah ini dan melaksanakannya. Berdasarkan kaedah-kaedah tersebut, terdapat tiga (3) jenis perubahan yang menyebabkan kenaikan nilai yang dikenakan Caj Pemajuan

    iaitu:-

    1. Perubahan Penggunaan Tanah;

    Perubahan Penggunaan iaitu berlakunya peningkatan nilai tanah dengan adanya Rancangan Tempatan (RT). Contohnya kegunaan tanah dari pertanian kepada perumahan.

    1. Perubahan Ketumpatan;

    Perubahan Ketumpatan apabila berlakunya peningkatan kepadatan atau densiti pembangunan dengan adanya pengubahan Rancangan Tempatan.

    1. Perubahan Luas Lantai

    Perubahan Luas Lantai pula dikira jika terdapat penambahan Nisbah Plot (Plot Ratio) dengan adanya pengubahan Rancangan Tempatan.

    Terdapat dua Kadar Caj Pemajuan yang dikenakan iaitu mengikut takrif Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran, kadar yang dikenakan ialah 30% dari perbezaan nilai tanah akibat dari perubahan penggunaan tanah, perubahan ketumpatan dan perubahan luas lantai. Bagi kawasan Majlis Daerah pula, kadar yang dikenakan ialah 20% dari perbezaan nilai tanah akibat dari perubahan-perubahan tersebut.

    Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat juga, menurut Seksyen 22(4)(b), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 dan Kaedah 6, Kaedah-kaedah Caj Pemajuan 2010 telah memperuntukkan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) tidak boleh memberikan Kebenaran Merancang selagi pemohon belum membayar caj pemajuan atau belum mendapat kebenaran PBPT untuk membayar caj pemajuan secara ansuran.

  2. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menyerap kenaikan harga rumah di Negeri Selangor berikutan pelaksanaan Caj Pemajuan ini?

    Caj Pemajuan yang dilaksanakan di Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukan Bahagian V, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172. Hasil kutipan caj pemajuan akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang akan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan (PBT).

    Tanggapan bahawa Caj Pemajuan yang dikenakan oleh PBT telah menyebabkan kenaikan harga rumah adalah kurang tepat.  Ini adalah kerana pengiraan yang dijalankan menunjukkan peratusan kenaikan harga rumah adalah di antara 0.6% hingga 1.02% sahaja.

    Contoh pengiraan terhadap kesan Caj Pemajuan kepada harga rumah adalah seperti di jadual di bawah:-

    Jadual Kesan Pengenaan Caj Pemajuan (CP)

    Bil. Perkara Contoh 1 Contoh 2
    Pembangunan

    perumahan – 47 unit rumah teres 2 tingkat

    Seksyen     30,     Shah

    Alam, Selangor

    PBT = MB Shah Alam

    Pembangunan

    Kondominium – 14 tingkat (144 unit) di Selayang

    PBT        =        MP

    Selayang

    Kaedah Pengiraan
    1. Nilai Pembangunan Kasar (GDV) * Anggaran harga rumah pasaran semasa 47 unit x RM260,000 seunit*

    = RM12.220 juta

    144 unit x RM350,000 seunit*

    = RM50.400 juta

    Jumlah unit x Anggaran harga rumah
    Bil. Perkara Contoh 1 Contoh 2
    Pembangunan perumahan– 47 unit rumah teres 2 tingkat

    Seksyen 30, Shah Alam, Selangor

    PBT = MB Shah Alam

    Pembangunan

    Kondominium– 14

    tingkat (144 unit) di Selayang

    PBT = MP

    Selayang

    Kaedah Pengiraan
    2. Jumlah CP dikenakan RM124,662 RM300,000 Jumlah CP sebenar yang dikenakan oleh PBT
    3. Peratus CP dari pendapatan kasar 1.02% 0.60%        Jumlah CP         x100

    PendapatanKasar

    4. Peratus CP dari harga rumah 1.02% 0.60% Jumlah CP       x100 Harga Rumah
    5. Pertambahan harga rumah RM2,652 / unit RM2,083 / unit Jumlah CP Bilangan Rumah
    6. Bayaran tambahan ansuran rumah / sebulan

    (andaian 25 tahun)

    RM8.84 / bulan RM6.94 / bulan Pertambahan Harga Rumah 25 tahun x 12 bulan

    * Jadual mengambilkira contoh pengiraan GDV dan kaitannya dengan pengenaan CP

Lampiran

Tiada Lampiran.