Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
72) PEMBAYARAN CAJ LETAK KERETA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perak telah melancarkan aplikasi pintar letak kereta, iaitu Park@Perak demi memudahkan cara pembayaran caj letak kereta di seluruh negeri, adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk berbuat demikian juga?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Penyerahan Pintar Selangor (SSDU) di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd (LiTS) untuk membangunkan sistem letak kenderaan pintar, Smart Selangor Parking (SSP). Aplikasi SSP ini telah dilancarkan pada 1 Julai 2018 yang boleh dimuat turun daripada aplikasi Apple AppStore dan Google Playstore.
SSP adalah sistem bayaran letak kereta dan pembayaran kompaun berintegrasi dalam talian menerusi aplikasi telefon pintar sebagai saluran tambahan kepada penggunaan kupon dan pembayaran kompaun sedia ada.
Kadar caj letak kenderaan dan bayaran kompaun yang dikenakan melalui aplikasi SSP ini adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh PBT masing-masing yang menyertai pelaksanaan SSP ini.
Untuk permulaan, SSP hanya melibatkan lima (5) pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Bagi PBT yang lain, pelaksanaan SSP akan diteliti secara berperingkat berdasarkan hasil dan impak dari 5 PBT yang telah terpilih tersebut.
Keterangan lanjut mengenai penggunaan SSP boleh layari di laman sesawang https://www.smartselangorparking.com.