Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

263) PEMBATALAN WARTA COOLIE LINE DI BUKIT DARAH, KG. MERBAU SEMPAK, MUKIM SUNGAI BULOH 1, DAERAH PETALING

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk membatalkan warta coolie line di Bukit Darah, Merbau Sempak?

    Dimaklumkan, tempoh masa yang diperlukan oleh Pejabat Daerah Tanah  Petaling bagi proses pembatalan warta ialah di antara 6 hingga 12 bulan. Bagi tujuan ini, satu kertas ringkasan perlu disediakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor. Selepas mendapat kelulusan, satu pendengaran awam/siasatan akan diadakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) sebelum laporan bagi siasatan tersebut dibentang dan dipertimbangkan untuk diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Setelah mendapat kelulusan bagi pembatalan warta, Pentadbiran ini akan mengemukakan satu draf gazet warta bagi pembatalan warta kepada PTGS untuk tujuan tersebut sehinggalah nombor warta diperolehi.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini pentadbiran ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi pembatalan warta Coolie Line di Bukit Darah, Kampung Merbau Sempak, Daerah Petaling daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau dari mana-mana agensi yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.