Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
59) PEMBATALAN PROJEK PERUMAHAN SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan nama-nama projek tersebut bersama nama pemaju?
Berdasarkan rekod dan semakan di lapangan, terdapat 9 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh MMKN tetapi sehingga kini masih gagal untuk memulakan pembinaan Rumah Selangorku di tapak dalam tempoh masa 2 tahun seperti mana yang telah disyaratkan oleh Kerajaan
Senarai nama-nama projek dan nama pemaju adalah seperti berikut :-
No Pemaju Lokasi Projek 1
Angkasa Indah Sdn Bhd
Cadangan Rumah Selangorku di atas PN 17395 Lot 64681, Jalan PJS 9/1, PJS 9, Bandar Sunway, Subang Jaya, Mukim Damansara Daerah Petaling.
2
Valiant Plus Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku di atas PN 11847 Lot 83949 Mukim Klang, Daerah Klang. 3
D-Hill Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku di atas GRN 49797 Lot 942 Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat 4
Sanjung Segar Development Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku di atas Hakmilik HS(D) 67904 PT 3868 Dan HS(D) 67905 PT 3869 Bandar Hulu Kelang, Daerah Gombak.
5
Kumpulan Sri Jayomiesah Sdn. Bhd. (YKT Lands Sdn. Bhd.) Cadangan Rumah Selangorku di atas No Hakmilik PN 93260 Lot 23124 6
K.Y.K Development Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku di atas HSD 134053 PT 69154 (sebahagian Lot asal 8597 Dan Lot 8598, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. 7
Pinggir Mentari Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku di atas hakmilik PM 854 GRN 54445 Lot 1048 dan sebahagian Lot 18056, Mukim Rawang, Daerah Gombak
8
Famemont Development Sdn. Bhd.
Cadangan Rumah Selangorku di atas hakmilik HSM 725 Lot 3622 Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling. 9
Hua Yang Berhad (Pemaju Asal Regal Form Sdn. Bhd.) Cadangan Rumah Selangorku di atas HS(D) 154349 PT 74041, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh Kerajaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan rumah SelangorKu?
Bagi pemaju yang ditarik balik kelulusan MMKN, Kerajaan Negeri akan mengambil seperti :-
- Kerajaan Negeri akan menarik balik kelulusan MMKN yang telah diperolehi oleh pihak
- Mengesyorkan kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor untuk tindakan memasukkan kaveat pendaftar ke atas tanah tapak pembangunan Rumah Selangorku pemaju berkenaan dan kaveat tersebut hanya akan di tarik balik setelah pembangunan Rumah Kos Rendah / Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku di tanah
- Menyenarai hitam ahli Lembaga Pengarah syarikat pemaju yang telah dikenal pasti daripada menjalankan sebarang pemajuan pembangunan perumahan dan hartanah di Negeri Selangor serta akan di panjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tindakan