Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
54) PEMBATALAN PROGRAM MEMBERI RM30 KEPADA PELAJAR MISKIN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SETIAP BULAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah program tersebut dibatalkan?
Program tersebut dibatalkan kerana terdapat banyak agensi-agensi yang menyediakan bantuan persekolahan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor selain Jabatan Pelajaran Malaysia. Bantuan persekolahan yang disediakan bukan sahaja meliputi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan tetapi bantuan yang disediakan adalah lebih menyeluruh kepada pelbagai peringkat umur pelajar.
-
Bagaimanakah program ini boleh membantu pelajar-pelajar miskin jika setiap DUN hanya boleh memberi peruntukan ini kepada 100 pelajar sahaja?
Program ini sebenarnya adalah program sampingan (”compliment programme”) kepada program-program atau bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan. Justeru, pemilihan pelajar adalah wajar dihadkan kepada 100 orang sahaja kerana pemilihan pelajar adalah sepatutnya di kalangan keluarga miskin yang tidak berkemampuan untuk meneruskan persekolahan disebabkan oleh masalah kewangan dan bukanlah terbuka kepada seluruh pelajar di Negeri Selangor yang akan menduduki peperiksaan PMR atau SPM.