Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

208) PEMBATALAN PEMBINAAN KAMPUS CAWANGAN UITM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah menarik balik tanah YBK di Mukim Serendah yang dicadangkan untuk membina Kampus Cawangan UITM . Mengapakah pihak kerajaan negeri mengambil tindakan yang begitu drastik ?

    Soalan ini tidak boleh dijawab kerana YBK telah pun memulakan saman sivil terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan ianya adalah “subjudice” untuk membuat apa-apa kenyataan sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tegas mengatakan bahawa keputusan yang dibuat adalah wajar dan berpatutan.

  2. Adakah kerajaan negeri akan membangunkan kawasan tersebut dengan projek pembangunan yang lain ?

  3. Apakah kerajaan negeri memperolehi lebih keuntungan jika dibandingkan memanfaatkan yang diperolehi oleh rakyat sekiranya projek ini dilaksanakan ?

Lampiran

Tiada Lampiran.