Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
49) PEMBATALAN KEBENARAN MERANCANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek-projek pembangunan yang dibatalkan kebenaran merancang pada tahun 2014 di Selangor mengikut PBT?
PBT Projek pembangunan yang dibatalkan Kebenaran Merancang (KM) pada tahun 2014 MBSA Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 Akta 172 Bagi Tujuan Serahbalik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d (Kanun Tanah Negara) Bagi Cadangan Membina 21 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat Di Atas Lot 3886 (P.T 15539) H.S.M. 16127, Jalan Lombong Perak 2, Kampung Lombong, Seksyen 29, Mukim Klang, Daerah Klang, 40460 Shah Alam Untuk Tetuan Amir Hussin Bin Awang. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur Bagi Cadangan Pecah Sempadan Tanah Dibawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara (KTN) Untuk Pembangunan 22 Unit Rumah Sesebuah Di Atas Lot 3215 (Gm 1881), Lorong Haji Tahir, Seksyen 30, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Melatiara Development Sdn. Bhd. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur Bagi Cadangan Pecah Sempadan Tanah Dibawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara (KTN) Untuk Pembangunan 22 Unit Rumah Sesebuah Di Atas Lot 3288 (GM 5022), Lorong Mastam, Seksyen 30, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Melatiara Development Sdn. Bhd. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur Bagi Cadangan Pecah Sempadan Tanah Dibawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara (KTN) Untuk Pembangunan 22 Unit Rumah Sesebuah Di Atas Lot 3191 (GM 5887), Jalan Tanjung Gelang, Seksyen 30, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Melatiara Development Sdn. Bhd. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tukar Syarat Tanah daripada pertanian kepada Bangunan (Kediaman) dan pecah sempadan tanah secara serentak untuk pembangunan rumah sesebuah di bawah seksyen 124A (KTN) di atas Lot 2812, Mukim Klang, Daerah Klang, Seksyen 32, Shah Alam untuk Encik Abd. Rahim Bin Mohd Yusof Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Mendirikan Satu Unit Paparan Iklan Berukuran 15’ X 40’ (Minipole) Di KM 5.6, Jalan Batu 3 Sg. Buloh (Ft 15) Seksyen U4, 40150 Shah Alam Untuk Tetuan Motif Klasik Sdn. Bhd. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Mendirikan Satu Unit Paparan Iklan Berukuran 15’ X 40’ (Minipole) Di KM 6.8, Jalan Batu 3 Sg. Buloh (Ft 15) Seksyen U4, 40150 Shah Alam Untuk Tetuan Motif Klasik Sdn. Bhd. Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Bangunan Pejabat 4 Tingkat Dan Rumah Sampah Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135 (Zon 17-A), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Sebuah Pencawang Pembahagi Utama (PPU) TNB 33kv Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Tambahan/Perubahan Ke Atas Bangunan Bomba Sediada Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 8), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Sebuah Kolam Renang Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 18), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Bangunan Stor Tambahan Di Tapak Cawangan Stor Kejuruteraan Sediada Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 7), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Bangunan Pejabat Pintu Masuk, Balai Pengawal Dan Pos Pengawal Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 13), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Pejabat 2 Tkt Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (UW-17), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Kompleks Hangar (Squadron) Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 4), TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Kuarters Blok Kediaman 1 Blok 4 Tingkat & 1 Unit Rumah Sampah Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, Persiaran Haroun Merican, (Zon 16) TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Pembangunan Yang Mengandungi 1 Blok Bangunan Pejabat BKTU 2 Tkt, 1 Blok Auditorium 1 Tkt, 1 Blok Bangunan Pancaragam 2 Tkt & 1 Blok Pusat Muzik 2 Tingkat Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 11, 12 & 15) TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Kompleks Pejabat 2 Tingkat Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 18) TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Bagi Cadangan Membina Institusi Perubatan Penerbangan Di Atas Sebahagian Lot 24542 Lot Lama 12135, (Zon 5) TUDM Subang, Seksyen U7, Shah Alam Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pindaan Pelan Susunatur Sebahagian Lot 2674 (Lot Baru 8083) Seluas 1002.26 Ekar Di Denai Alam, Seksyen U16, 40160 Shah Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sime Darby Property Berhad. Pindaan:
1. Plot Pusat Perniagaan Kejiranan Tempatan Seluas 2.43 ekar Di No.3, Jalan Elektron U16/68 Kepada 17 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat yang mengandungi 12 unit 22’ x 75’, 3 unit 28’X 75’ dan 2 unit kedai pejabat ‘special unit’. 2. Kerja-Kerja Infrastruktur: a) Meminda kedudukan gunatanah simpanan parit berlandskap seluas 1.89 ekar dan zon penampan seluas 1.24 ekar di Persiaran Neutron. b) Meminda sempadan pencawang elektrik di No.18, Jalan Elektron U16/52A. c) Menandakan laluan utiliti sedia ada termasuk laluan paip pembentungan di Fasa 1-7, Fasa J-11 dan Fasa J-12/J-14. d) Memansuhkan ‘lay by’ berhadapan pencawang pembahagi utama di Persiaran Neutron. e) Cadangan 2 unit jejantas pejalan kaki bagi menghubungkan denai di Persiaran Elektron(132 kaki) dan 1 unit di Persiaran Neutron( 100 kaki). f) Memansuhkan plot PAD(Rumah Pam Kumbahan) sedia ada di kawasan Sekolah Rendah dan Menengah Bersepadu, Persiaran Elektron. g) Meminda penamaan 6 unit Kolam Takungan Air kepada Kawasan Tadahan Air di Persiaran Neutron, Jalan Jingga U9/39, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jalan Batu Tiga-Sungai Buloh dan Persiaran Metafasa. MBPJ TIADA MPK TIADA MPAJ Projek pembangunan dibatalkan kerana telah tamat tempoh tarikh Kebenaran Merancang . Pemohon perlu kemukakan permohonan Kebenaran Merancang yang baru. Syarikat Hartanah BBGN Sdn Bhd
-Kedai Pejabat 3 Tingkat Pekan Ampang.
Projek pembangunan dibatalkan kerana telah tamat tempoh tarikh Kebenaran Merancang . Pemohon perlu kemukakan permohonan Kebenaran Merancang yang baru. – Banglo 1 unit, Taman Melawati.
– En. Abdul Rahman
MPS TIADA MPSJ TIADA MPKj TIADA MPSp TIADA MDKL TIADA MDHS TIADA MDKS TIADA MDSB TIADA -
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan pemaju sentiasa mematuhi peraturan pelan perancangan yang ditetapkan?
Usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pemaju sentiasa mematuhi peraturan pelan perancangan yang ditetapkan melalui pelbagai kaedah. Antaranya adalah:
- Memastikan Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipatuhi dan dijadikan rujukan untuk memandu pemajuan, penggunaan tanah serta mengawal pembangunan di kawasan pentadbiran masing-masing.
- Semua cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh pihak pemaju kepada Majlis akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat untuk pertimbangan dan keputusan Jawatankuasa berdasarkan ulasan-ulasan dan garispanduan Jabatan Teknikal Luaran dan Jabatan Teknikal Dalaman.
- Cadangan pembangunan yang telah dipertimbangkan untuk kelulusan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan diberi tempoh untuk mematuhi semua ulasan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal Luaran dan Dalaman dan sekiranyanya gagal mematuhi tempoh yang di tetapkan, Surat Peringatan pematuhan syarat akan dikemukakan kepada pamaju.
- Pihak pemaju dikehendaki mengemukakan surat persetujuan ke atas Borang C(1) yang disertakan didalam surat perakuan Kebenaran Merancang.
- Kelulusan Kebenaran Merancang adalah sah selama satu tahun dari tarikh kelulusan surat kelulusan dan bagi permohonan yang melibatkan tukar syarat tanah adalah sah selama satu tahun dari tarikh kelulusan daripada Pejabat Tanah. Jika kelulusan kerjatanah dan pemajuan tidak dimulakan dalam tempoh tersebut dan permohonan perlanjutan tidak dikemukakan, Kebenaran Merancang ini dengan sendirinya luput.
- Sebarang permohonan lanjut tempoh kelulusan Kebenaran Merancang hendaklah dibuat 1 bulan sebelum tarikh luput kelulusan. Pihak Majlis adalah berhak untuk menilai semula syarat-syarat yang dikenakan selepas daripada tamat tempoh sah Kebenaran Merancang seperti yang disebutkan di perkara 1 di atas sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 24 (5), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
- Kegagalan mematuhi syarat Kebenaran Merancang adalah satu kesalahan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 28 (9), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan sehingga lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kehendak-kehendak itu tidak dipatuhi selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.