Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

138) PEMBASMIAN KEGIATAN CETI HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan untuk membasmi kegiatan ceti haram?

    Lesen pemberi pinjam wang adalah terletak di bawah Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan Dan Pelesenan 2003), Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kerajaan Negeri melalui PBT telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membasmi kegiatan ceti haram daripada berleluasa antaranya:

    • Melaksanakan operasi menurunkan iklan haram termasuklah iklan ceti haram di semua kawasan operasi PBT masing-masing. Contohnya, sebanyak 776,811 unit iklan haram diturunkan pada tahun 2015; sebanyak 1,360,555 unit pada tahun 2016 dan sehingga pertengahan tahun 2017 sebanyak 600,648 unit;
    • PBT sentiasa melaksanakan rondaan bagi memantau pemasangan iklan ceti haram/along oleh Penguatkuasa PBT masing-masing sebanyak dua (2) kali sehari pada seawal pagi dan petang;
    • Mengemukakan nombor telefon yang tertera pada iklan haram kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tujuan permohonan penamatan perkhidmatan. Contohnya, sehingga pertengahan tahun 2017, sebanyak 391 nombor telefon telah dikemukakan kepada pihak SKMM;
    • Akan membatalkan lesen perniagaan khususnya pengusaha syarikat percetakan sekiranya didapati mengambil tempahan mencetak iklan-iklan along;
    • Mengadakan operasi bersepadu iklan ceti haram dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan NGO dalam membanteras aktiviti along; dan
    • Menghadkan jumlah pengeluaran kepada pemohon-pemohon yang memohon lesen premis bagi aktiviti perniagaan pemberi pinjaman wang berlesen di seluruh kawasan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.