Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

168) PEMBANGUNAN WARGA EMAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain aspek kebajikan, apakah perancangan kerajaan untuk membantu potensi diri warga emas terutama yang produktif seperti pesara penjawat awam?

    Pesara penjawat awam boleh mendaftar sebagai ahli di 17 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang terdapat di parlimen-parlimen. PAWE bertanggungjawab untuk menganjurkan lima (5) dimensi program di bawah Dasar Warga Emas Negara iaitu:

    1. Penuaan Positif
    2. Penuaan Aktif
    3. Penuaan Menyokong
    4. Penuaan Sihat
    5. Penuaan Produktif

    Selain daripada pesara yang menyertai PAWE berpeluang dilantik sebagai Sahabat@PAWE yang akan didedahkan dengan latihan kemahiran menolong dan program psikopendidikan. Sejumlah 80 orang telah dilatih sebagai Sahabat@PAWE.  Mereka juga boleh menyumbang kepakaran dan kemahiran dan pengalaman mereka kepada masyarakat menerusi program-program di PAWE seperti program Citra Minda Intergenerasi selaras dengan strategi ke lima yang terkandung dalam Dasar Warga Emas Negara iaitu Penglibatan dan Kesepaduan Antara Generasi. Strategi ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan warga emas dalam masyarakat pelbagai lapisan masyarakat dan mengeratkan hubungan timbal balik antara generasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.