Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
163) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan dasar atau polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Selangor untuk pembangunan Wanita di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor menggunapakai Dasar Wanita Negara sebagai dasar dan polisi dalam merancang program-program berkaitan wanita iaitu menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesaksamaan gender.
Matlamat dasar ini adalah untuk:
- membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;
- menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;
- membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;
- memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;
- mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan
- meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah menetapkan satu Pelan Tindakan Wanita Selangor 2010-2018 yang mempunyai misi Pemberdayaan Wanita Selangor ke arah pembinaan masyarakat madani.
Objektif Misi Pemberdayaan Wanita Selangor adalah membentuk wanita dengan :
- membina jati diri wanita yang dinamik;
- memupuk sifat daya saing wanita;
- membangun sifat berperi kemanusiaan;
- mengembang ilmu yang diperlukan; dan
- melahirkan wanita yang berketerampilan dan berupaya mendorong individu sekeliling mereka ke arah menghayati prinsip-prinsip masyarakat madani.
Dalam hal pemberdayaan wanita, usaha Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 adalah meliputi :-
i) Peningkatan Tahap Kesihatan Wanita Selangor;
Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Mammogram Selangor (MammoSel) bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengesanan awal terhadap kanser payudara. Seramai 22,248 orang telah menerima manfaat melalui program tersebut semenjak dilancar pada tahun 2010. Selain itu, tahap kesedaran wanita Selangor tentang bahaya kanser semakin meningkat seiring dengan program-program kempen yang telah dilaksanakan setiap tahun.
ii) Program Pengupayaan Pendidikan
Dalam kaitan di atas, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan khusus bagi pengupayaan wanita dalam bidang pendidikan. Melalui program-program Pembangunan Wanita dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) maka ramai wanita Selangor kini lebih berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang pendidikan. Program-program yang dilaksanakan adalah dalam pelbagai bentuk antaranya melalui kempen-kempen kesedaran dan advokasi, bengkel-bengkel latihan jangka panjang dan jangka pendek, seminar-seminar dan lain-lain lagi. Segenap lapisan wanita di Selangor akan dilibatkan dan tiada keciciran ini termasuklah wanita-wanita dari ladang.
iii) Penglibatan Wanita Dalam Keusahawanan
Kerajaan Negeri amat prihatin dan serius dalam meningkatkan bilangan wanita dalam bidang keusahawanan. Sehubungan itu, pelbagai program telah diperkenalkan bagi meningkatkan peluang wanita dalam membina perniagaan sendiri. Tidak kurang juga bantuan kewangan juga disediakan untuk wanita Selangor yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan di bawah Program HIJRAH. Untuk makluman, seramai 15,072 orang adalah peserta wanita dari jumlah keseluruhan peserta seramai 24,628 orang peserta yang menyertai program tersebut.
-
Sila kemukakan senarai program-program serta bilangan peserta yang berkaitan dengan pembangunan wanita Selangor yang telah dijalankan dalam tempoh tahun 2008 hingga Mei 2013 serta Jun 2013 hingga Jun 2016.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah melaksanakan pelbagai program bagi membangunkan wanita di Selangor. Berikut adalah senarai program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita sepanjang tempoh 2008 sehingga Mei 2013.
BIL NAMA PROGRAM JUMLAH PESERTA (ORANG) 1. Kursus Kemahiran Penyelia Pusat Wanita Berdaya 50 2. Kursus Kemahiran Jahitan Dan Masakan 50 3. Seminar Kesedaran Gender Equality 100 4. Kursus Jati Diri Ibu Tunggal 50 5. Program Ramah Mesra EXCO Bersama Rakyat 100 6. Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor 1000 7. Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor 1000 8. Sambutan Hari Wanita Desa Selangor 1000 9. Seminar Kesedaran Terhadap Kesihatan Di Peringkat Daerah 100 10. Lawatan Ke Rumah Perlindungan Di Negeri Selangor 50 11. Kursus Kemahiran Jahitan Dan Masakan 14 Program
30 x 14 = 420 12. Kursus Jati Diri Ibu Tunggal 100 13. Seminar Perlindungan Undang-Undang Terhadap Wanita Negeri Selangor 200 14. Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor 1000 15. Majlis Pelancaran Kesedaran Anti Pemerdagangan Manusia (MAPMAS) 1000 16. Majlis Permuafakatan Wanita Selangor 50 17. Program Ramah Mesra EXCO Bersama Rakyat 200 18. Seminar Kemahiran Ibu Bapa 100 19. Kursus Kesedaran Kesihatan Diri Remaja 200 20. Seminar Kesihatan 150 21. Bengkel Keganasan Rumahtangga 200 22. Bengkel Kemahiran Jahitan Dan Masakan 30 x 10 = 300 23. Seminar Kesedaran Gender Equality 200 24. Seminar Pembangunan Dan Kesedaran Diri 100 25. Seminar Undang-Undang Hak Wanita Negeri Selangor 100 26. Lawatan Rumah Perlindungan Di Negeri Selangor 100 27. Kursus Jati Diri Ibu Tunggal 100 28. Program Ramah Mesra EXCO Bersama Rakyat 100 29. Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor 1000 30. Top Show You Are Beautiful 1000 31. Program Ekonomi Hawa Dan Pelancaran WALA 1000 32. Perhimpunan Wanita Suara Perubahan 1000 33. Kursus Jangka Pendek Masakan Dan Jahitan 30 x 11 = 330 34. Program Pelancaran PWB Selangor Mart 500 35. Karnival Usahawan Wanita Mikro 1000 36. Lawatan Kerja Ke My Batik Beranang 150 37. Program Seminar Perlindungan Remaja Wanita 500 38. Program Karnival Wanita Muda 500 39. Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor 1000 40. Kempen Kesedaran OSCC 200 41. Program Advokasi Pemerdagangan Manusia 500 42. Program Karnival Wanita Sihat 500 43. Program Celik Wanita “Sihat Itu Indah” 1000 44. Program Kariah Ramadhan 500 45. Lawatan Ilmu Ibu Tunggal Ke Taman Herba 50 46. Bengkel Interaktif Pembangunan Pemimpin Cemerlang Para Penyelia PWB Selangor 60 47. Kejohanan Bola Jaring Bawah 19 Tahun Negeri Selangor 500 Manakala, program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh Jun 2013 sehingga Jun 2016 adalah seperti berikut :
BIL NAMA PROGRAM JUMLAH PESERTA (ORANG) 1. Bengkel Kemahiran Jangka Pendek Masakan Dan Jahitan 30 x 10 = 300 2. Seminar Keusahawanan Wanita Negeri Selangor 50 3. Konvensyen Kepimpinan Wanita 500 4. Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor 1000 5. Pra Pelancaran Hari Wanita 500 6. Women’s Marathon 3000 7. Seminar Keusahawanan Wanita 2014 150 8. Sambutan Hari ibu 1000 9. Program Kempen Kesedaran Keganasan Wanita 300 10. Seminar Kesihatan 500 11. Kempen Gaya Hidup Sihat 500 12. Program Sumbangan Ramadhan Sabak Bernam 300 13. Widow’s Day 1000 14. Pertandingan Bola Jaring 200 15. Pertandingan Badminton 100 16. Kejohanan Sukan JAKIM 1000 17. Program Women Marathon 3000 18. Sambutan Hari Wanita Sedunia Dan Pra Pelancaran Selangor Orked Feshion Festival 1000 19. Program Selangor Orked Feshion Festival 1000 20. Program Muslimat Sepanjang Bulan Ramadhan 3500 21. Program Advokasi Wanita 2015 1000 22. Program Perlindungan Terumbu Karang dan Kibaran Bendera Terbesar PUSPANITA Negeri Selangor 40 23. Karnival Wanita Pandan Sempena Hari Wanita Sedunia 2015 200 24. Karnival Hari Wanita dan ‘Ladies Night’ Majlis Perbandaran Selayang 500 25. Bengkel Kraftangan 200 26. Kursus Asas Penyelia PWB Selangor 130 27. Program Mobile Spa Terapis 30 28. Program Simbolik Penyerahan Kit Asas OSCC dan Lawatan Turun Padang YB EXCO kepada Hospital-hospital Terlibat OSCC di Selangor 300 29. Program Kursus Pengucapan Awam Untuk Para Penyelia Pusat Wanita Berdaya (Pwb) Negeri Selangor 130 30. Seminar Antarabangsa ”Women’s Health : Food, Cancer And Cholestrol” Dengan Kerjasama Universiti Selangor (Unisel) 120 31. Program Anti-Keganasan Wanita Daerah Hulu Selangor 100 32. Program Anti-Keganasan Wanita Daerah Sabak Bernam 200 33. Program Anti-Keganasan Wanita Daerah Kuala Selangor 100 34. Program Bengkel Kraftangan Sempena Hari Bertemu Pelanggan Di Daerah Sabak Bernam 200 35. Program Kursus Pengurusan Kewangan Berhemah, Kemahiran Organisasi Dan Kefahaman Gender Untuk Para Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) Negeri Selangor 110 36. Program Pemantapan PWB 93 37. Program Pelancaran Kempen #HeForShe dan Majlis Ramah Mesra Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Para Pembuat Dasar Wanita Selangor 450 38. Seminar Keluarga dalam Pelaksanaan Syariah 2016 “ Ke Arah Mahkamah Syariah yang Mesra Keluarga “ 150 39 Program Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2016 #PledgeFor Parity 400 40. Program Mammogram Selangor (MammoSel) dan Penyerahan Surat Rakan Kerjasama Pengendali Mammogram 2016 1000 41. Program Peningkatan Kesedaran Tahap Gejala Sosial Dikalangan Remaja Wanita Melalui “ Big Girls Talk” 400 42. Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2016M / 1437H 3500 43. Karnival Usahawan Wanita Muda Kuala Selangor 500 44. Kejohanan Bola Jaring Piala Pusingan YB Puan Dr. Daroyah 2016 500 45. Program Walk For Huminity, Rose2Rose dan Karnival Keluarga 3000 46. Program Majlis Garduasi PWB Spa Terapis 400 47. Program Penyerahan Lantikan Watikah Penyelia PWB Selangor dan Pelancaran Logo PWB Selangor 200 48. Program Jelajah MammoSel 2016 daerah Sabak Bernam 100 49. Program Senamrobik Wanita Penghuni Kuarters Kerajaan Seksyen 16 Shah Alam 50 50. Pertandingan Futsal Wanita Ampang Jaya 250 -
Berapakah bilangan wanita telah berjaya menjadi usahawan wanita Selangor melalui program tersebut?
Pembangunan wanita adalah merupakan agenda utama dalam pemberdayaan wanita. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri amat prihatin dalam usaha memartabatkan wanita Selangor. Ramai wanita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing khususnya dalam bidang keusahawanan. Namun demikian, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor selaku urusetia, masih dalam usaha dalam mengumpulkan data dan maklumat bagi tujuan makluman dan rekod.