Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
284) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program pembangunan intelek wanita muda yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa merangka pelbagai program dan aktiviti berkaitan pembangunan dan pemberdayaan wanita dalam pelbagai aspek. Golongan wanita muda merupakan antara kumpulan sasaran yang penting dalam proses pembangunan sesebuah negeri mahupun negara.
Melalui statistik tahun 2016 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah seramai 6,298,400 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,022,600 orang adalah wanita dan seramai 1,417,500 orang adalah terdiri daripada wanita muda antara umur 20 hingga 44 tahun. Berikut adalah statistik wanita di Selangor mengikut pecahan umur
:-
Umur Jumlah (Orang) 0 – 4 256,900 5 – 9 231,500 10 – 14 230,300 15 – 19 221,200 20 – 24 274,800 25 – 29 345,000 30 – 34 336,000 35 – 39 254,900 40 – 44 206,800 45 – 49 172,900 50 – 54 143,500 55 – 59 114,300 60 – 64 85,300 65 – 69 68,000 70 – 74 37,300 80 – 84 10,800 85+ 10,000 Jumlah 3,022,600 Kerajaan Negeri sedar akan jumlah kadar populasi golongan wanita muda yang besar di Negeri Selangor. Peranan dan sumbangan wanita yang semakin penting dalam pembangunan negeri perlu dibangunkan satu policy statement untuk menjaga kepentingan wanita-wanita di Selangor.
Oleh yang demikian, antara usaha Kerajaan Negeri adalah dengan mewujudkan Institut Wanita Berdaya (IWB) merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuan wanita demi merealisasikan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil. Matlamat utama IWB adalah untuk meningkatkan status sosio-ekonomi wanita di Selangor dan meningkatkan keupayaan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan. IWB juga merupakan landasan bagi memenuhi keperluan wanita Selangor secara inklusif termasuk merangka dasar dan mengkaji institusi keluarga serta kanak-kanak.
Justeru itu, golongan wanita muda juga tidak tercicir dari turut dilibatkan dalam semua program berkaitan seperti :
- Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor 2014, dengan tema “Wanita Mandiri, Pembangunan Lestari”;
- Program Advokasi Keselamatan Wanita Negeri Selangor 2015;
- Forum “MakeItHappen : Hormat Wanita” sempenan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2015;
- Seminar Antarabangsa „IAB Women In Science‟ “Women‟s Health : Food,Cancer and Cholestrol” 2015;
- Forum HeForShe : “Ke Arah kesaksamaan Gender” sempena Pelancaran Kempen HeForShe 2016;
- Seminar Big Girls Talk 2016 kepada remaja perempuan;
- Konvensyen Wanita Selangor 2016, dengan tema “Sustainable Development Goals : No One Left Behind”; viii. Forum “PledgeForParity : Kesaksamaan Gender, Ikrar Kita Bersama” sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2016;
- Sesi kupasan buku “I Am Malala” sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia
- 2016 bertemakan “Celebrating Women‟s Courage”;
- Forum “Be Bold For Change : Breaking Stereotypes” sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017;
-
Apakah program khusus yang telah dilaksanakan untuk mengenal pasti keciciran pekerjaan di kalangan wanita muda bandar?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih belum menjalankan program atau kajian khusus berkaitan keciciran pekerjaan di kalangan wanita muda bandar. Namun demikian, dalam pelaksanaan Dasar Wanita Selangor proses ini akan dijalankan dalam mencapai Matlamat 3 : Merapatkan Jurang Gender di Semua Peringkat dan Aspek Pasaran Buruh yang memberi tumpuan dalam usaha menggalakkan penyertaan dan pengekalan wanita dalam tenaga buruh. Ini kerana golongan wanita muda yang produktif dan berdaya saing memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Selain tiu, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan pelbagai program dan skim bagi membantu golongan wanita ini berusaha meningkatkan sosio-ekonomi antaranya Skim Pinjaman Hijrah kepada golongan wanita muda yang berminat untuk memulakan sesuatu perniagaan serta Program Blue Print merupakan bantuan peralatan perniagaan bagi golongan wanita yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan sesuatu produk.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan khas kepada wanita yang gagal dalam perniagaan?
kerajaan Negeri amat prihatin terhadap usahawa-usahawan di Negeri Selangor tanpa mengira gander bahkan mereka yang gagal dalam perniagaan yang diceburi juga mendapat perhatian. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri melalui Skim Pinjaman Hijrah boleh mempertimbangkan permohonan bagi pemohon yang sedang menjalankan perniagaan dan memerlukan bantuan modal perniagaan untuk dikembangkan.
Setakat ini, seramai 16,481 orang wanita daripada 25,923 orang telah menyertai Skim Pinjaman Hijrah. Diharapkan agar para peniaga yang gagal dapat membina semula perniagaan mereka dengan memohon bantuan modal perniagaan Hijrah untuk meneruskan usaha dan pencarian rezeki mereka.