Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

58) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai program serta bilangan penglibatan wanita dalam program PWB ikut DUN dalam tempoh Mei 2013 hingga Jun 2017

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga amat komited dan peka terhadap pembangunan setiap program yang telah dilaksanakan. Justeru itu, pencapaian Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam agenda memberdayakan wanita di Selangor. Antara pencapaian PWB dari tahun 2015 sehingga 2016 ialah sebanyak 1,726 buah program yang telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM2,690,923.50 yang telah digunakan bagi program-program pemberdayaan wanita di seluruh Selangor. Manakala sehingga bulan Jun 2017, peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM695,976.00 untuk 545 buah program.

    Program yang dilaksanakan adalah mengikut garis panduan dan bidang fokus yang telah ditetapkan. Bidang fokus tersebut adalah seperti berikut: (Senarai penglibatan wanita disertakan pada Lampiran A).

    Program Pengembangan Kapasiti:-

    1. Ekonomi
    2. Perundangan
    3. Kepimpinan dan pendemokrasian
    4. Urustadbir baik
    5. Pembangunan Keluarga
    6. Kesihatan Keluarga
    7. Keusahawanan
    8. Latihan gender
    9. Alam sekitar dan kepenggunaan
    10. Keselamatan Keluarga
    11. Program Kemahiran
    12. Industri pembuatan makanan dan minuman
    13. Industri pembuatan pakaian
    14. Industri seni dan Kraftangan
    15. Rekabentuk dalaman
    16. Laman tani dan Landskap
    17. Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
    18. Gaya hidup sihat
    19. Perkhidmatan dan penyelenggaraan
  2. Sila kemukakan senarai usahawan wanita yang berjaya di Selangor

    PWB telah melahirkan seramai 101 orang usahawan kecil wanita melalui program PWB iaitu seramai 49 orang usahawan makanan, 24 orang usahawan jahitan, 19 orang usahawan pembekalan perkhidmatan manakala 9 orang usahawan kraftangan. Usahawan-usahawan ini tidak mempunyai kedai sendiri tetapi beroperasi di rumah masing-masing. Usahawan ini mengiklankan produk dan perkhidmatan masing-masing melalui media sosial seperti facebook, sebaran melalui kenalan atau menghantar produk di kedai berhampiran rumah mereka. Maksima pendapatan yang dapat dijana oleh usahawan PWB adalah sehingga RM3,500.00 sebulan.

    Berikut adalah jumlah usahawan kecil wanita PWB mengikut DUN :-

    DUN BIL USAHAWAN JENIS PRODUK
    N02 – Sabak 4 Jahitan

    Bekam

    Popiah Simpul

    Aneka Kek

    N04 – Sekinchan 4 Tempe

    Jahitan

    Kuih-Muih

    Bantal Kekabu

    N07 – Batang Kali 2 Kek

    Nasi Bajet

    Popia Simpul, Tat Bengkulu

    N09 – Permatang 3 Keropok Lekor

    Kuih Apam

    Tempe

    N10 – Bukit Malawati 4 Kraftangan Decoupage

    Nasi Arab

    N11 – Ijok 7 Jahitan Pakaian Moden

    Jahitan Pakaian Tradisional India

    Jahitan Anak Tudung

    Aiskerim

    Kuih-Muih Frozen

    Kek Dan Pastri

    Kraftangan Manik

    N17 – Gombak Setia 6 Jahitan Pakaian

    Biskut Raya

    N19 – Bukit Antarabangsa 3 Tudung

    Tempe

    Sabun Herba

    N20 – Lembah Jaya 7 Mee Kuning

    Tempe

    Pelbagai Jenis Kek

    Aksesori Wanita Dan Tasbih

    Kuih Tradisional

    N25 – Kajang 6 Tempe

    Mee Kuning

    Pau Mawar

    Nasi Arab

    Juru Solek

    N26 – Bangi 5 Jahitan Kraftangan

    Mengajar Jahitan

    Jahitan Pakaian

    Coklat Dan Masakan

    Jahitan Jubah

    N32 – Seri Setia 4 Kraftangan Decoupage

    Hiasan Tudung Saji

    Air Soya Dan Taufu Fa

    N34 – Bukit Gasing 3 Kuah Rojak

    Minuman Balang

    Rempeyek

    N40 – Kota Anggerik 1 Tempe
    N41 – Batu Tiga 2 Aneka Talam

    Kek Buah

    N42 – Meru 2 Roti

    Mee Kuning

    N43 – Sementa 6 Pelbagai Jenis Kuih

    Otak-Otak

    Mobile Spa

    Gubahan Bunga

    Pelbagai Kraftangan

    Sulaman Baju

    N48 – Kota Alam Shah 2 Karipap Pusing Frozen

    Marukku Kacang Hijau

    N53 – Morib 15 Jahit Pakaian

    Makanan Dan Katering

    Makanan Bakeri

    Kerepek

    Dodol

    Kuih Gunting/ Tiram

    Aneka Mee

    Jahit Pakaian Secara Pukal

  3. Sila kemukana senarai bangunan kerajaan yang dilengkapi kemudahan menyusu dan/atau tadika di Selangor

    Sebanyak 14 buah taska atau pusat jagaan kanak-kanak terdapat di premis kerajaan di Negeri Selangor. Berikut adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai pusat jagaan kanak-kanak:

    • i) Bangunan SUK Negeri Selangor;
    • ii) Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ);
    • iii) Majlis Perbandaran Klang (MPK);
    • iv) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • v) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • vi) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • vii) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • viii) Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • ix) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • x) Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS);
    • xi) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
    • xii) Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

    Manakala, kebanyakan bangunan kerajaan belum lagi mewujudkan kemudahan bilik menyusu (bilik laktasi). Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menjadikan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) Shah Alam sebagai perintis bagi mewujudkan kemudahan bilik menyusu/ laktasi sebagai menyahut Kempen Hormat Wanita. Bilik laktasi di Bangunan SSAAS ini sedang dalam pengubahsuaian dan dijangka akan siap sepenuhnya pada September 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.