Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

4) PEMBANGUNAN WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan program yang telah dijalankan untuk golongan Wanita dalam tahun 2015.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah merangka pelbagai program untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2015. Program yang dirangka merupakan program ke arah pembangunan wanita dan keluarga. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut (perincian seperti di Lampiran A):-

    • Karnival Hari Wanita dan Keluarga Negeri Selangor
    • Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor
    • Malaysia Women Marathon kerjasama dengan Tourism Selangor Sdn. Berhad. (TSSB)
    • Selangor Orked Fashion Festival (SOFF) 2015
    • Program Muslimat Sepanjang Bulan Ramadhan : Program Diskusi Khas Muslimat Peringkat Negeri dan Daerah Semarak Ramadhan 1436H
    • Program Mammogram Selangor (MammoSel)
  2. Sila kemukakan maklumat lengkap ibu tunggal di DUN Teratai sehingga tahun 2015.

    Kerajaan Negeri hanya mempunyai maklumat asas berkaitan ibu tunggal melalui sistem e-Bu yang dikhususkan kepada ibu tunggal untuk mendaftar. Sehingga kini seramai 16,916 orang ibu tunggal telah mendaftar di seluruh Negeri Selangor melalui sistem e-Bu yang disediakan. Namun demikian, hanaya seramai 81 orang ibu tunggal sahaja dari DUN Teratai yang berdaftar. Maklumat lengkap ibu tunggal di DUN Teratai sehingga tahun 2015 yang berdaftar melalui sistem e-Bu adalah seperti di Lampiran B. (sumber diperolehi melalui sistem e_Bu seliaan oleh YAWAS).

  3. Sila kemukakan senarai lengkap bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi dengan bilik asuhan dan yang tidak dilengkapi dengan bilik asuhan.

    Pewujudan Pusat Asuhan Kanak-kanak adalah tidak dilaksanakan secara terus di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Namun begitu, bagi kemudahan kakitangan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah taska yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam.

    Begitu juga dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana taska-taska diwujudkan adalah merupakan inisiatif PBT bagi memudahkan kakitangan PBT menempatkan anak-anak mereka di sepanjang tempoh waktu bekerja dengan menggunakan peruntukkan sedia ada di setiap PBT berkenaan. Di antara PBT yang menubuhkan taska di bawah seliaan pihak PBT adalah seperti berikut:-

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) :
    2. Di Bangunan Wisma MBSA ; dan
    3. Tadika Quarters, No. 6, Jalan Hakisan, Seksyen 8, Shah Alam.
    4. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) :
    5. Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak, No 31, Jalan Pechala, Petaling Jaya.
    6. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) :
    7. Taska Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Kompleks 3C, Bandar Sunway ;
    8. Taska USJ 3 ; dan
    • Taska Quarters Permata Sri, Pusat Bandar Puchong.
    1. Majlis Perbandaran Klang (MPK) :
    2. Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK, Jalan Tengku Kelana, Klang.
    3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    4. Taska Permata Bunga Tanjung, Taman Melawati.
    5. Majlis Perbandaran Selayang :
    6. Pusat Jagaan Kanak-kanak, Bangunan Lama, MPSelayang.
    7. Majlis Perbandaran Sepang :
    8. Taska Di Sayang, Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api, Cyberjaya.
    9. Majlis Perbadaran Kajang (MPKj) :
    10. Taska MPKj, Tingkat G, Menara MPKj, Kajang.
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) :
    12. 10 dan No. 12, Taska MDHS, Pangsapuri Kasturi, Jalan Hamzah, Kuala Kubu Bharu.
    13. Bagi Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Sabak Bernam, tiada taska yang ditubuhkan.

    Kerajaan Negeri Selangor amat mengalu-alukan dan menggalakkan setiap jabatan kerajaan menubuhkan taska di bawah jabatan masing-masing sebagai kemudahan kakitangan menghantar anak-anak mereka semasa tempoh waktu bekerja dengan mengambil kira kawasan dan ruang serta peruntukan kewangan yang mencukupi untuk menampung pelbagai kos pembinaan taska berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.