Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
104) PEMBANGUNAN USAHAWAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila butirkan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan dan membantu syarikat baru dan berinovasi (startups) dalam sektor sains dan teknologi di Negeri Selangor?
Program Accelerator Selangor (SAP) telah dilaksanakan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020. Seramai 30 syarikat pemula (startup) telah dipilih untuk menyertai program latihan SAP selama empat bulan. Selain daripada itu, program Pitch@Selangor juga telah diadakan bagi memberi peluang kepada syarikat pemula ini untuk mempersembahkan idea dan modul perniagaan kepada kerajaan dan syarikat modal teroka (Venture Capital Company).
-
Adakah kerajaan negeri membantu untuk mencari dan membangunkan bakat-bakat ini yang sekarang ada di Institusi Pengajian Tinggi?
Program (startup) ini adalah terbuka kepada mana – mana usahawan yang berminat untuk menyertai program ini. Pada masa ini tiada program khusus yang dilaksanakan untuk mencari dan membangunkan bakat – bakat yang ada di Institusi Pengajian Tinggi.