Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

119) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program khusus Kerajaan Negeri untuk menambah baik usahawan-usahawan muda dan baru Selangor

    Kerajaan Negeri menawarkan kursus dan latihan kepada mereka yang berminat untuk
    menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu juga Kerajaan Negeri menganjurkan
    secara bersama program-program keusahawanan dengan Badan-Badan Bukan
    Kerajaan (NGO) bagi memupuk minat di dalam bidang keusahawanan. Kerajaan Negeri
    tidak mempunyai peruntukan yang besar dalam program memupuk minat
    keusahawanan berikutan peruntukan sedia ada terhad kepada mereka yang telah
    memulakan perniagaan.

  2. Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada mereka dan bagaimana proses pemantauan keberkesanan bantuan yang disalurkan

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Dana Industri Kecil bagi menambahkan
    pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan. Di samping itu juga
    Kerajaan Negeri turut mempromosikan produk-produk IKS yang telah dikenal pasti
    berpotensi melalui Program Satu Daerah Satu Produk dan menaja penglibatan
    usahawan yang layak menyertai program-program promosi yang dianjurkan oleh pihak
    kerajaan ataupun swasta. Penerima dana akan dipantau setahun selepas bantuan
    diberikan dan berdasarkan pemantauan yang dibuat hampir 80 peratus dari penerima
    dana menunjukkan peningkatan pendapatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.