Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

20) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain bantuan melalui program usahawan dan pertanian, apakah perancangan
    lain bagi membantu memberdaya masyarakat India di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, Kerajaan Negeri Selangor senantiasa berada selangkah dihadapan bagi memastikan ruang dan peluang dicipta untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang adalah merupakan antara Jawatankuasa awal yang diwujudkan khusus bagi membantu para pekerja ladang serta anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang majoritinya adalah berbangsa India untuk mendapatkan pelbagai peluang dan manfaat yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun, memandangkan ladang – ladang di negeri Selangor yang semakin berkurang dan tidak aktif, pelaksanaan program – program tersebut masih lagi diteruskan dengan

    kumpulan sasaran adalah ditumpukan khusus kepada masyarakat India dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin.

    Di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, terdapat dua portfolio khusus yang diwujudkan bagi memelihara kebajikan masyarakat India seperti berikut :

    1. Portfolio Pembangunan Masyarakat India
    2. Portfolio Program Pembangunan Pendidikan Masyarakat India

    Di bawah Portfolio Pembangunan Masyarakat India, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah banyak membantu masyarakat India dalam meringankan beban dalam arus pemodenan yang semakin berkembang pesat. Pembangunan ekonomi di kalangan masyarakat India merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin di masa hadapan. Justeru itu, program – program yang telah dilaksanakan memberi tumpuan kepada pekerja ladang di Negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran program – program berbentuk kursus kemahiran jangka pendek termasuklah ceramah dan taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat di kalangan masyarakat India untuk terus maju dan berdaya saing. Program – program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para masyarakat India mendalami asas – asas kemahiran ilmu yang boleh menjana pendapatan sampingan. Walau bagaimanapun, sejak pandemik Covid – 19 melanda dunia, program – program seumpama ini telah dihentikan seketika bagi membendung penularan wabak Covid – 19. Namun begitu, memandangkan negara kita yang telah memasuki fasa endemik, Jawatankuasa akan meneruskan kembali penganjuran program – program sedemikan agar kebajikan masyarakat India terus terbela.

    Tidak hanya menumpukan perhatian kepada golongan belia, Portfolio Program Pendidikan Mayarakat India juga telah diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan dalam meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi rakyat yang dikhususkan kepada pelajar – pelajar Tamil di negeri Selangor. Program-program yang terdapat di bawah Portfolio Program Pendidikan Masyarakat India di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut :

    1. Bantuan Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah

    Pemberian wang RM300.00 secara one – off kepada setiap pelajar SJK(T) yang layak mengikut kriteria permohonan bagi mengurangkan bebanan ibu bapa melibatkan kos pengangkutan anak ke sekolah.

    1. Bantuan Bantuan Yuran Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi pelajar komuniti India B40

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5,000.00 bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM3,000.00 bagi Diploma kepada setiap pelajar India B40 yang layak mengikut kriteria permohonan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa. Sumbangan diberikan adalah secara cek kepada IPTA / IPTS yang berkenaan.

    • Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Negeri Selangor

    Merupakan program baru bagi menggantikan Program Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditamatkan berikutan pemansuhan UPSR.

     

    1. Program – program Pendidikan Masyarakat India (Motivasi / Pendidikan / Kemahiran / Kem / penerangan / taklimat Usahasama Persatuan, Agensi Luar Dan Dalam Negara)

    Dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan pendidikan di kalangan pelajar di dalam menimba ilmu pendidikan.

    1. Program Bantuan Persekolahan Pelajar SJK(T) Negeri Selangor

    Program baru yang telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Pemberian sumbangan maksimum RM300.00 kepada setiap pelajar SJK(T) yang layak bagi membeli keperluan persekolahan dan yang berkaitan.

    Kesimpulannya, selain membantu masyarakat india melalui bantuan di bawah program usahawan dan pertanian, Kerajaan Negeri Selangor juga telah banyak membantu para masyarakat India di negeri ini bukan semata – mata dengan memberi bantuan kewangan, malah golongan ini turut dibantu dari pelbagai sudut yang memberi manfaat dalam jangka masa panjang

Lampiran

Tiada Lampiran.