Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

3) PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemahiran keusahawanan di kalangan belia?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai program Latihan Keusahawanan untuk membangunkan kemahiran usahawan di negeri ini termasuk usahawan belia. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keusahawanan, UPEN dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Menteri Besar Incorporated (MBI), SIDEC, Yayasan Hijrah Selangor, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Selangor Youth Community (SAY) dan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS. Berikut merupakan program latihan yang ditawarkan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan:

    1. Program U-PLATS

    Program Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) merupakan program latihan yang ditawarkan di setiap kawasan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan peniaga ke arah digitalisasi. Program U-PLATS menawarkan beberapa fasa dan modul khas seperti berikut:

    1. Fasa 1 memfokuskan kepada adaptasi digitalisasi dan penjanaan gandaan pendapatan. Di dalam fasa 1 juga, usahawan dididik untuk memastikan kewujudan perniagaan di dalam platform digital dan pembinaan kandungan kreatif seperti di tiktok untuk mengiklankan perniagaan mereka.
    2. Fasa 2 pula memfokuskan kepada perkemasan perniagaan sehingga mendapat pensijilan halal.
    3. Fasa 3 memfokuskan kepada “expand dan export” untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan.

     

    1. Klinik Usahawan Selangor

    Penubuhan Klinik Usahawan Selangor yang dilaksanakan dengan kerjasama BPU PKNS sebagai agensi pelaksana adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek tadbir urus, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan kepada usahawan Negeri Selangor termasuk usahawan belia. Ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan dalam perniagaan secara “one to one” dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan.

    Bagi memupuk semangat keusahawanan di kalangan warga belia, BPU PKNS juga turut menjalankan program-program keusahawanan bermodul untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program Perintis Usahawan (PPU) telah dilaksanakan sejak 2007 yang melibatkan pelajar dari sekolah rendah terpilih. Manakala Program Tunas Niaga (PROTUNe) telah dilaksanakan sejak 1998 yang melibatkan pelajar dari sekolah menengah terpilih.

     

    • Program Selangor 1000 Digital

    Objektif penganjuran Program ini dengan kerjasama SIDEC adalah untuk mendigitalisasikan usahawan di Selangor secara tuntas melalui satu kempen utama bermula bulan Mei 2024 – September 2024 di lima (5) daerah iaitu di Shah Alam, Sabak Bernam, Kota Warisan, Bandar Baru Bangi dan Taman Melawati. Program ini mensasarkan sebanyak 1000 peserta secara keseluruhan. Kempen utama ini memfokuskan kepada dua elemen utama digitalisasi iaitu:

    1. Memperkasakan 500 usahawan e-dagang dengan teknologi dan penyelesaian digital yang membuka potensi tumbesaran usahawan.
    2. Melahirkan 500 hos penstriman langsung (live seller) yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital.

    Selain itu, SIDEC turut menjalankan program pemecut Selangor Accelerator Programme, pendidikan, bengkel, dan kursus latihan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional dalam industri kreatif digital.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu memastikan usahawan belia mempunyai akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa?

    Kerajaan Negeri Selangor mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memastikan usahawan Negeri Selangor termasuk usahawan belia mempunyai akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa. Antara langkah-langkah yang diambil termasuk menjalankan program-program dengan kerjasama pelbagai agensi seperti berikut:

    1. Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/pameran tempatan atau antarabangsa mewakili delegasi Negeri Selangor dalam memasarkan produk dan meningkatkan pendapatan usahawan. Antara ekspo antarabangsa yang telah disertai pada tahun 2023 melibatkan Kanada, Indonesia, Hong Kong dan Jepun yang mencatatkan potensi perniagaan melebihi RM60 juta. Pada tahun 2024 pula, antara ekspo luar negara yang akan disertai adalah Dubai, Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan China. Sepanjang ekspo-ekspo ini berlangsung, sebagai tambah nilai kepada usahawan yang menyertai, sesi padanan perniagaan bersama pembeli-pembeli dan pembekal tempatan akan dilaksanakan untuk membantu usahawan menembusi pasaran luar negara.
    2. Penganjuran Program Export Ready/Market Acceleration towards Retails Access and Export Ready (MEXPRO) dan program Access to Retail dengan kerjasama BPU PKNS sebagai agensi pelaksana. Program ini memfokuskan penembusan pasaran retail dan membantu usahawan-usahawan untuk menembusi sektor pemborongan dan pasaran peruncitan bagi Hotel, Retail & Cafe (HORECA) khususnya di hypermarket tempatan.

    iii.        Penganjuran sesi padanan perniagaan bersama hypermarket tempatan. Antara hypermarket yang bersama di dalam sesi padanan perniagaan tersebut adalah Lulu Hypermarket, Lotus, Mydin, Well Mart, Aeon, Segi Fresh, ST Rosyam Mart dan Giant. Bagi memperluaskan peruncitan produk, senarai hypermarket ini akan diperluas dari semasa ke semasa. Hasil daripada program sesi padanan perniagaan bersama hypermarket pada tahun 2023, seramai 55 usahawan telah berjaya mendapat tagging untuk disenaraikan di hypermarket seperti Mydin, Lulu Hypermarket, Lotus, ST Rosyam Mart dan Giant dan seramai 30 usahawan telah berjaya memasuki pasaran retail seperti ST Rosyam Mart dan Mydin.

    1. Penganjuran Program Pitch Malaysia oleh SIDEC sebagai platform untuk usahawan termasuk golongan belia mempamerkan idea-idea inovatif mereka kepada pelabur tempatan dan antarabangsa. Program Pitch Malaysia membantu usahawan mendapatkan pembiayaan dan sokongan yang diperlukan untuk memperluaskan perniagaan mereka ke peringkat global.
  3. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan infrastruktur digital yang mencukupi untuk menyokong perniagaan belia dalam era digital ini?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai program Latihan Keusahawanan untuk membangunkan kemahiran usahawan di negeri ini termasuk usahawan belia. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keusahawanan, UPEN dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Menteri Besar Incorporated (MBI), SIDEC, Yayasan Hijrah Selangor, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Selangor Youth Community (SAY) dan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS. Berikut merupakan program latihan yang ditawarkan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan:

    1. Program U-PLATS

    Program Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) merupakan program latihan yang ditawarkan di setiap kawasan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan peniaga ke arah digitalisasi. Program U-PLATS menawarkan beberapa fasa dan modul khas seperti berikut:

    1. Fasa 1 memfokuskan kepada adaptasi digitalisasi dan penjanaan gandaan pendapatan. Di dalam fasa 1 juga, usahawan dididik untuk memastikan kewujudan perniagaan di dalam platform digital dan pembinaan kandungan kreatif seperti di tiktok untuk mengiklankan perniagaan mereka.
    2. Fasa 2 pula memfokuskan kepada perkemasan perniagaan sehingga mendapat pensijilan halal.
    3. Fasa 3 memfokuskan kepada “expand dan export” untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan.

     

    1. Klinik Usahawan Selangor

    Penubuhan Klinik Usahawan Selangor yang dilaksanakan dengan kerjasama BPU PKNS sebagai agensi pelaksana adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek tadbir urus, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan kepada usahawan Negeri Selangor termasuk usahawan belia. Ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan dalam perniagaan secara “one to one” dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan.

     

    Bagi memupuk semangat keusahawanan di kalangan warga belia, BPU PKNS juga turut menjalankan program-program keusahawanan bermodul untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program Perintis Usahawan (PPU) telah dilaksanakan sejak 2007 yang melibatkan pelajar dari sekolah rendah terpilih. Manakala Program Tunas Niaga (PROTUNe) telah dilaksanakan sejak 1998 yang melibatkan pelajar dari sekolah menengah terpilih.

     

    • Program Selangor 1000 Digital

    Objektif penganjuran Program ini dengan kerjasama SIDEC adalah untuk mendigitalisasikan usahawan di Selangor secara tuntas melalui satu kempen utama bermula bulan Mei 2024 – September 2024 di lima (5) daerah iaitu di Shah Alam, Sabak Bernam, Kota Warisan, Bandar Baru Bangi dan Taman Melawati. Program ini mensasarkan sebanyak 1000 peserta secara keseluruhan. Kempen utama ini memfokuskan kepada dua elemen utama digitalisasi iaitu:

    1. Memperkasakan 500 usahawan e-dagang dengan teknologi dan penyelesaian digital yang membuka potensi tumbesaran usahawan.
    2. Melahirkan 500 hos penstriman langsung (live seller) yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital.

    Selain itu, SIDEC turut menjalankan program pemecut Selangor Accelerator Programme, pendidikan, bengkel, dan kursus latihan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional dalam industri kreatif digital.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Sidec (Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan infrastruktur digital yang mencukupi bagi menyokong perniagaan belia dalam era digital ini. Berikut adalah perincian beberapa program utama yang telah dilaksanakan untuk menyokong dan memperkasakan usahawan muda:

    • Selangor 1000 Digital (2024)

    Program ini bertujuan memperkasakan 1,000 usahawan digital melalui program latihan dan bimbingan, yang dijalankan serentak pada suku kedua dan ketiga tahun 2024. Fokus utama adalah:

    1. Memperkasakan 500 usahawan dengan teknologi dan penyelesaian e-dagang.
    2. Melahirkan 500 hos penstriman langsung (live seller) yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital.

    Kejayaan / Pencapaian:

    • Platform Tiktok & Xamble: Memanfaatkan platform Tiktok Shop untuk mempromosikan produk dan meningkatkan jualan melalui penstriman langsung.
    • Konsep O2O dan OMO: Menjalankan perniagaan dengan konsep offline to online (O2O) dan online merge offline (OMO) untuk meningkatkan operasi perniagaan.
    • Kempen Jom Digital, Pintar Bersama: Latihan dalam strategi pemasaran digital, teknik penstriman langsung, dan penggunaan pelbagai platform e-dagang.
    • Malaysia Top E-Commerce Merchants Award / TOP ECM (2015 – 2024)

    Anugerah ini mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada peniaga e-dagang tempatan yang inovatif. Ia bertujuan meningkatkan standard perniagaan dalam kalangan peniaga muda dan memberikan mereka profil yang lebih tinggi dalam ekosistem e-dagang.

    Kejayaan / Pencapaian:

    • Platform Lazada: Digunakan untuk menguji kemahiran jualan dan pemasaran peserta dalam kempen jualan 60 hari.
    • Peningkatan GMV: Dari tahun 2016 hingga 2023, GMV meningkat dari RM 28 juta hingga RM 77.5 juta.
    • Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) (2023 – 2024)

    Program ECX menyediakan platform komprehensif untuk pembangunan perniagaan e-dagang dengan latihan intensif, bimbingan, dan jaringan dengan pemain industri.

    Kejayaan / Pencapaian:

    • Latihan Intensif dan Bimbingan: Program selama tiga bulan dalam keusahawanan digital, pembangunan perniagaan, klinik pitching, dan sesi bimbingan.
    • Target Pendapatan: Memacu perniagaan peserta untuk mencapai GMV antara RM 500,000 hingga RM 10,000,000.
    • Platform E-Dagang: Membuka peluang kepada peserta untuk menggunakan pelbagai platform e-dagang.
    • Sesi Demo Akhir: Lima syarikat e-dagang teratas dipilih berdasarkan model perniagaan inovatif.

    Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor memastikan infrastruktur digital yang mencukupi untuk menyokong perniagaan belia dalam era digital ini. Dengan rekod cemerlang Sidec dalam mendorong transformasi digital dan inovasi, kerajaan negeri telah berjaya melaksanakan lebih daripada 80 inisiatif digital, menjana nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM 736.12 juta dan memperkasakan lebih daripada 70,000 usahawan teknologi, PKS, dan syarikat permulaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.