Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

195) PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah premis perniagaan dan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) telah diwujudkan menurut daerah?

    Premis – premis perniagaan yang telah diwujudkan untuk membantu usahawan
    Selangor adalah di bawah kedai – kedai Pembangunan Luar Bandar (PLB) seperti
    berikut;
    Bil Daerah Jumlah Gerai
    1 Klang 150
    2 Petaling Tiada maklumat
    3 Kuala Langat 150
    4 Hulu Langat 129
    5 Sabak Bernam 207
    6 Kuala Selangor 116
    7 Gombak 191
    8 Hulu Selangor 197
    9 Sepang 54
    JUMLAH 1194

  2. Apakah program-program inkubator bagi melahirkan usahawan yang telah dilaksanakan?

    Program inkubator ini pernah dilaksanakan pada tahun 1999 hingga tahun 2000.
    Berikutan tiada peruntukan yang diberikan program ini telah diberhentikan.

  3. Berapakah Pusat Sehenti (OSC) yang telah diwujudkan menurut daerah?

    Kerajaan Negeri pada masa ini telah dan sedang merancang untuk membangunkan
    pusat sehenti atau pusat pengumpulan di daerah – daerah seperti berikut;

    Bil Daerah Jumlah
    pusat
    Status
    1. Sabak Bernam 1 Sedang menjalankan kerja – kerja
    penambahbaikan
    2. Sepang 1 Proses pemilihan sebut harga
    3. Kuala Langat 1 Lokasi telah dikenal pasti
    4. Gombak 1 Lokasi telah dikenal pasti dan
    sedang menyediakan Bil Of
    Quantity (BQ) oleh Pejabat
    Daerah
    5. Hulu Langat 1 Sedang mengenal pasti lokasi
    6. Petaling 1 Sedang mengenal pasti lokasi

Lampiran

Tiada Lampiran.