Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

34) PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak program pembangunan usahawan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sepanjang tahun 2012 (sehingga Jun)

    Sehingga Jun 2012 kerajaan negeri telah menganjurkan beberapa program keusahawanan seperti berikut :-

    1. Seminar Pembangunan Usahawan IKS Negeri Selangor 2012 ( 9 program)
    2. Kursus Asas Keusahawanan ( 2 program )
    3. Kursus Rancangan Perniagaan ( 3 program )
    4. Kursus Ternakan Ikan Air Tawar ( 3 program )

    Secara keseluruhannya, program pembangunan usahawan sehingga Jun 2012 telah melibatkan sejumlah 17 program dengan penyertaan 1,500 orang peserta.

  2. Apakah program bantuan kewangan usahawan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri?

    Program bantuan kewangan usahawan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ialah program SkimSel dan MiMBAR.

  3. Apakah program pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan bantuan yang disalurkan digunakan dengan sewajarnya?

    Kerajaan negeri sentiasa menitik beratkan pemantauan ke atas penerimapenerima bantuan Dana Industri Kecil Selangor. Setiap penerima akan dipantau sebaik sahaja penerimaan mesin-mesin pemprosesan tersebut untuk melihat dari segi kesesuaian penggunaan mesin tersebut.

    Selain dari itu, pemantauan akan dilakukan setelah 6 bulan penerima bantuan tersebut menerima bantuan untuk melihat dari segi peningkatan pengeluaran produk dan juga dari segi peningkatan pendapatan atau jualan. Program pemantauan tersebut akan berterusan dan dilakukan pada setiap tahun.

    Dalam masa yang sama juga, kerajaan negeri semasa melakukan pemantauan tersebut akan juga mengenal pasti produk-produk yang boleh dipertingkatkan dari segi kualiti pembungkusan di mana pihak kerajaan negeri dengan kerjasama SIRIM Bhd. akan memilih dan seterusnya membangunkan produk-produk tersebut sehingga mencapai ke tahap yang lebih tinggi dari segi pemasaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.