Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

59) PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pendapatan usahawan di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa peka dan prihatin terhadap keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil yang mengakibatkan kenaikan harga barang sekaligus meningkatkan kos operasi usahawan yang akan mengakibatkan penurunan pendapatan / keuntungan. Oleh itu, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menaikkan peruntukan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor sebanyak 38% iaitu RM109.8 juta bagi tahun 2015 berbanding RM79.5 juta pada tahun 2014. Di samping itu,  Kerajaan Negeri juga telah menaik taraf bantuan Dana Industri Kampung kepada Dana Usahawan Mikro Selangor yang sekaligus menaikkan siling bantuan daripada RM10,000.00 per permohonan kepada RM30,000.00 per permohonan. Kerajaan Negeri juga mereformasikan aktiviti riadah kepada aktiviti sosioekonomi seperti menganjurkan Selangor Food Mega Festival (SFMF15) yang telah berjaya mengumpul hasil jualan sebanyak RM1.167 juta dalam tempoh 2 hari. Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Festival Ramadhan Selangor (FESTIRA15) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS dan PKNS Real Estate untuk membantu usahawan menjana ekonomi dan pendapatan tambahan mereka di sepanjang bulan Ramadhan. Tidak ketinggalan juga, Kerajaan Negeri Selangor turut menganjurkan bengkel jualan / peningkatan pendapatan melalui Facebook (FB Marketing). Kaedah FB marketing juga dapat membantu usahawan menjimatkan / mengurangkan kos tetap perusahaan (fix cost) seperti penyewaan premis pengeluaran dan mencapai pasaran yang lebih luas tanpa sempadan.

  2. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri pada tahun 2015 bagi melaksanakan program meningkatkan kemahiran usahawan?

    Peruntukan Kerajaan Negeri pada tahun 2015 bagi melaksanakan program meningkatkan kemahiran usahawan adalah sebanyak RM109,800,000.00 seperti perincian di bawah:-

    BIL JABATAN / AGENSI PERUNTUKAN (RM)
    1. Seksyen Sektoral, UPEN 3,000,000.00
    2. Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS 5,000,000.00
    3. Hijrah Selangor 100,000,000.00
    4. Kumpulan Perangsang Selangor 1,800,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 109,800,000.00
  3. Senarai program-program yang dilaksanakan pada tahun 2015 bagi meningkatkan kemahiran usahawan di Selangor?

    Sebanyak 49 program yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2015 di bawah Sekretariat Usahawan Selangor. Program-program tersebut ialah:

    BIL PROGRAM / LATIHAN
    1. Program Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produk Usahawan Negeri Selagor (4P)
    2. Penyertaan ke Penang International Halal Expo & Exhibition Convention (PIHEC)
    3. Penyertaan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)
    4. Penyertaan ke Halal Fiesta Malaysia (HALFEST)
    5. Penyertaan ke Program Chocolate and Candy Festival
    6. Penganjuran Selangor Food Mega Festival 2015 (SFMF15)
    7. Penganjuran Festival Ramadhan 2015 (FESTIRA15)
    8. Fashion Street, Temasya15
    9. Bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor
    10. Kursus Marketing 4P dan SWOT
    11. Seminar FTA,AEC, and Export – new opprtunity
    12. Kursus Pemborong, pereka dan pengilang China
    13. Bengkel Simplified Facebook Marketing
    14. Seminar How to enter hypermarket
    15. Seminar Kepentingan Pendaftaran Syarikat
    16. Bengkel Mangkin Keusahawanan Diri (MKD) bersama MASMED, UiTM
    17. Kursus Pengendalian Makanan
    18. Seminar Borong China Dan Pemasaran Online
    19. Bengkel Imej Profesional
    20. Bengkel Pemasaran Internet Siri 1
    21. Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan
    22. Temuduga Dan Taklimat Bengkel Pemasaran Internet
    23. Bengkel Pemasaran Internet Siri 2
    24. Seminar 18 Kunci Rahsia Tarik Duit Dan Berkat
    25. Bengkel Pemasaran Internet Siri 3
    26. Bengkel Pembuatan Kek Dan Biskut
    27. Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan Terancang
    28. Seminar Inspirasi Usahawan
    29. Seminar Pelaburan Hartanah
    30. Seminar Penjenamaan
    31.  Foundation Mastery Entrepreneurship Mindset
    32. Business Model
    33. Merchandising And Retail Concept
    34. Social Media & Internet Marketing Strategy
    35. Creativity, Problem Solving & Business Innovation
    36. 90 Days Action Plan
    37. Program Latihan Bimbingan Usahawan Sedia Ada
    38. Program Bimbingan Awal Kepada  Bakal Usahawan Baru Melalui Kategori Ibu Tunggal, OKU, Siswa, Belia, Wanita Dan Ladang
    39. Pinjaman Hijrah Skim 1 (RM1,000.00 – RM5,000.00)
    40. Pinjaman Hijrah Skim 2 (RM6,000.00 – RM10,000.00)
    41. Pinjaman Hijrah Skim 3 (RM15,000.00 – RM20,000.00)
    42. Pinjaman Hijrah Skim 4 (RM30,000.00 – RM50,000.00)
    43. Bantuan Modal Perkhidmatan Penyelenggaraan Penghawa Dingin
    44. Bantuan Modal Penyelenggaraan Motosikal
    45. Bantuan Modal Penternakan
    46. Bantuan Modal Kontraktor Binaan Muda Selangor (Kobinas)
    47. Bantuan Modal Perkhidmatan Kedai Dobi
    48. Bantuan Modal Gerai Minum Air Tebu
    49. Bantuan Modal Restoran (Cili Api & Katering)

Lampiran

Tiada Lampiran.