Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
258) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI FERTIGASI : IMPAK, KERJASAMA SWASTA, DAN INSENTIF ATAU DANA UNTUK USAHAWAN BELIA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Fokus utama kerja-kerja Pembangunan Teknologi Fertigasi?
Berikut merupakan Fokus utama kerja-kerja Pembangunan Teknologi Fertigasi:-
- Pembangunan kawasan merangkumi penyediaan kawasan, perataan tanah, perparitan dan saliran dan pagar
- Penyediaan kemudahan pengairan termasuk sumber air, pam air, sistem pengairan utama dan sistem pengairan fertigasi
- Pemberian media khas dan baja fertigasi
- Penyediaan rumah nutrien dan rumah semaian
- Penyediaan Rumah SPH dengan Kalis Serangga (Fertigasi Tertutup)
-
Apakah pembangunan ini akan melibatkan syarikat-syarikat swasta?
Ya, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah melaksanakan Program Kerjasama Strategik Bersama Pemain Industri bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan mengadaptasi teknologi yang dibawa oleh syarikat supaya dapat diperkembangkan kepada petani dengan pantas dan efisyen. Sebanyak 10 syarikat swasta yang terlibat dengan Program Kerjasama Strategik bersama Jabatan Pertanian Negeri Selangor dalam projek fertigasi:-
- DOA Selangor dan REDtone IOT Sdn Bhd
- DOA Selangor dan ABS Greentech Sdn Bhd
- DOA Gombak/ Petaling dan Rintis Venture Sdn Bhd
- DOA Gombak/ Petaling dan Farah Agrofarm
- DOA Gombak/ Petaling dan AHA Services (M) Sdn Bhd
- DOA Kuala Selangor dan Sri NF Services
- DOA Selangor dan Aerodyne Geospatial Sdn Bhd
- DOA Selangor dan Ken Microbes Biotech Sdsn Bhd
- DOA Selangor dan De Lettuce Bear Marketing Sdn Bhd
-
Apakah ada usaha untuk membantu usahawan belia menerima insentif atau dana bantuan?
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membantu usahawan belia menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan menyediakan insentif dan geran bagi membangunkan tanaman fertigasi. Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM 2 juta bagi pemberian Insentif Pembangunan Teknologi Fertigasi pada tahun 2024 dan pada tahun 2025 sebanyak RM1.5 juta.