Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

125) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI AI DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk inisiatif yang telah diambil serta hasil daripada pelaburan atau kerjasama strategik yang dijalankan?

    Sejajar dengan hala tuju Kerajaan Persekutuan untuk menyemarakkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) kepada rakyat, Kerajaan Negeri Selangor menyahut saranan untuk menggiatkan penggunaan dan memperkasa teknologi AI di Negeri Selangor dan akan memajukan sektor pendigitalan khususnya teknologi AI di Negeri Selangor. Justeru, Jawatankuasa Pemandu Inisiatif Kecerdasan Buatan (AI) Negeri Selangor telah diluluskan penubuhan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 9 Oktober 2024 yang merupakan langkah awal dan strategik Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab dalam merangka, menyelaras dan memantau dasar dan pelan hala tuju kecerdasan buatan di Negeri Selangor, termasuk perancangan bagi pembangunan.

  2. Berapakah jumlah pelaburan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan AI?

    Inisiatif bagi pembangunan teknologi AI di Selangor masih diperingkat awal dengan penubuhan satu jawatankuasa khas yang akan memacu pertumbuhan teknologi AI di Selangor. Oleh itu, jumlah pelaburan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan AI belum dapat dimuktamadkan pada masa ini.

  3. Apakah fokus utama pelaburan tersebut?

    Pada masa ini pihak Kerajaan Negeri masih belum memutuskan fokus utama pelaburan tersebut kerana ianya masih diperingkat awal pelaksanaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.