Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

4) PEMBANGUNAN TAPAK LAPANG DI SEKITAR KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek -projek pembangunan komersial yang dirancang dan sedang dilaksanakan di tanah lapang yang berada dalam lingkungan 20metre daripada kawasan perumahandi kawasan Kota Damansara

    Pembangunan komersial ‘dirancang dan belum dilaksanakan’ dalam lingkungan
    20 meter dari kawasan kota Damansara. Hanya satu projek komersial terletak
    dalam lingkungan 20 meter dari kawasan perumahan iaitu cadangan
    pembangunanstesen minyak di antara persimpanganJalan Nuri 7 dan Persiaran
    Suria, Seksyen 7, Kota Damansara dan tiada pembangunan komersial sedang
    dilaksanakan dalam lingkungan 20 meter dari kawasan perumahan Kota
    Damansara.

  2. Apakah kriteria yang digunakan oleh PBT untuk menentukan sama ada ketetapan 'Local Agenda 21' (di mana proses konsultasi dijalankan dengan penduduk persekitaran sebelum projek diluluskan) dilaksanakan atau tidak untuk setiap projek pembangunan berhampiran dengan perumahan?

    Proses konsultasi dilaksanakan semasa penyediaan rancangan pemajuan dan
    ianya bertepatan dengan pelaksanaan pembangunan mampan dan Agenda 21
    Selangor di mana menggalakkan penglibatan pihak awam di dalam
    merealisasikan konsep perancanganbersama rakyat.
    Semasa penyediaan rancangan pemajuan (drat rancangan tempatan I drat
    rancangan kawasan khas), proses konsultasi dilaksanakan melalui 2 peringkat
    program publisiti mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa
    1976 (Akta 172), iaitu:
    i. (Seksyen 12A), Publisiti berkaitan dengan penyediaan drat rancangan
    tempatan
    ii. (Seksyen 13 (1), Publisiti berkaitandengan drat rancangantempatan
    Mengikut Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172),
    Pengarah Hegeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)
    hendaklah mengambillangkah-Iangkah yang memastikan:-

    i. Publisiti diberikan di dalam Negeri/kawasannya tentang draf rancangan
    pemajuan yang akan disediakan, matlamat dan maksud penyediaannya; dan
    ii. Memberitahu bahawa adanya peluang dan hak diberikan kepada orang
    yang dijangka ingin untuk membuat rayuan kepada Pengarah
    Negeri/PBPT.

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membentuk suatu prasyarat atau undang-undang kecil yang jelas demi memastikan bahawa setiap perancangan pembangunan berhampiran dengan kawasan perumahanatau sekolah , mestilah melalui proses konsultasi dan debat bersama penduduk setempat sebelum ianya diluluskan ?

    KAWASAN YANG TIDAK MEMPUNYAI RANCANGAN TEMPATAN YANG
    TELAH DIWARTAKAN
    Subseksyen 21(6), Akta 172 menyatakan bahawa sekiranya terdapat cadangan
    pemajuan di suatu kawasan yang tidak mempunyai Rancangan Tempatan
    yang diwartakan, maka, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah
    menyampaikan notis bertulis kepada pemunya tanah berjiran untuk
    memberitahu hak mereka untuk membantah dan menyatakan alasan bagi
    bantahan mereka dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh notis itu
    disampaikan.
    Maksud “pemunya” dalam Akta 172 ialah pemunya berhubung dengan manamana tanah atau bangunaniaitu:-
    a. tuan punya berdaftartanah itu;
    b. jika, ianya pada pendapat Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, tuan
    punya berdaftar tanah itu tidak dapat dikesan, ejen atau pemegang
    amanahnya;
    c. jika tuan punya berdaftartanah itu telah mati, wakil dirinya di sisi undangundang; atau
    d. jika tiada seorang pun antara orang yang disebut dalam perenggan (a),
    (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa tanah atau
    bangunan itu, sarna ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau
    pemegang amanah bagi seseorang yang lain atau sebagai penerima,
    atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau bangunan itu
    disewakan;
    Maksud ‘tanah berjiran’ dalam Subseksyen21(8), Akta 172 ialah:-
    a. tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan
    sesuatu permohonan;
    b. tanah yang dipisahkan dari tanah yang berhubungan dengan sesuatu
    permohonan oleh mana-mana jalan, parit, lorong atau tanah rizab yang
    lebarnyatidak melebihi 20 meter; dan
    c. tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah dengan
    tapak permohonan yang dihubungi melalui jalan mati (cul-de-sac) yang
    digunakan oleh pemunya tanah dan pemunya tanah yang berhubungan
    dengan permohonanitu.
    KAWASAN YANG MEMPUNYAI RANCANGAN TEMPATAN YANG TELAH
    DIWARTAKAN
    a. Sebelum Rancangan Tempatan diwartakan di dalam Warta Negeri di
    bawah peruntukan subseksyen 15(6) Akta 172, proses publisiti telah
    bermula semenjak awal penyediaan Rancangan Tempatan tersebut iaitu
    di bawah peruntukan Seksyen 12A. Proses ini dinamakan proses
    rundingan awal dan dilaksanakan melalui program “Focus Group
    Discussion”.
    b. Semasa di peringkat Drat Rancangan Tempatan, orang awam,
    agensi/Jabatan dan pihak-pihak berkepentingan dijemput untuk
    memeriksa dan memberikan pandangan, cadangan atau bantahan
    terhadap Drat tersebut dalam tempoh empat minggu mulai daripada notis
    yang diberi mengikut Seksyen 13(2)Akta 172.
    c. Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh orang awam
    akan didengar dan dipertimbangkan oleh JawatankuasaBantahanAwam
    terhadap Drat Rancangan Tempatan yang dilantik oleh Jawatankuasa
    perancang Negeri mengikut Seksyen 14(1) Akta 172.

Lampiran

Tiada Lampiran.