Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

76) PEMBANGUNAN TANAMAN KELAPA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menjadikan kawasan DUN Sungai Air Tawar sebagai hub tanaman kelapa memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang masih banyak mengeluarkan kelapa?

    Daerah Sabak Bernam mempunyai lebih kurang 10,850 hektar tanaman kelapa yang merupakan daerah penyumbang terbesar pengeluaran kelapa di Selangor. DUN Sungai Panjang, Sabak dan Sungai Tawar sememangnya merupakan hub utama tanaman kelapa bagi Negeri Selangor.

  2. Adakah bekalan benih kelapa matag mencukupi untuk rakyat mendapatkannya?

    Buat masa ini pengeluaran benih matag hanya dibuat oleh Jabatan Pertanian Pagoh, Johor dan United Plantation, Teluk Intan. Jabatan Pertanian Putrajaya mengawal selia pengeluaran benih matag dan hanya boleh diedarkan bagi projek-projek petani yang dibuat oleh Jabatan Pertanian. Permintaan yang sangat menggalakkan menyebabkan kekurangan benih matag. Buat masa ini Jabatan Pertanian turut mengesyorkan benih kelapa yang mempunyai potensi hasil yang tinggi seperti Malayan Red Dwarf (MRD), Malayan Yellow Dward (MYD), tagnanan, tacunan dan pandan sebagai alternative kepada matag.

Lampiran

Tiada Lampiran.