Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

36) PEMBANGUNAN TANAH WAKAF

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tanah wakaf di seluruh Selangor?

    Statistik Keseluruhan Permohonan Wakaf Individu di Negeri Selangor Mengikut Daerah Sehingga Bulan Disember 2011

    DAERAH TELAH DAFTAR DALAM PROSES PENDAFTARAN JU MLAH
    JUM. LOT/FAIL JUM. EKAR JUM. LOT/FAIL JUM. EKAR JUM. LOT/FAIL JUM. EKAR
    KLANG 117 140.7125              54 31.8074 171 172.5199
    PETALING 17 7.04932 7 0.6 24 7.64932
    K. LANGAT 95 115.9611 43 27.0466 138 143.0077
    SEPANG 34 33.8899 13 30.7459 47 64.6358
    H. LANGAT 50 84.7451 29 32.6441 79 117.3892
    GOMBAK 47 24.08884 12 1.23079 59 25.31963
    K.  S’GOR 86 120.8335 39 28.35108 125 149.18458
    S. BERNAM 168 240.0995 73 77.1215 241 317.221
    H. S’GOR 20 37.1282 8 8.8336 28 45.9618
    JUMLAH 634 (69.5 %) 804.50796 (77.1 %) 278 (30.5 %) 238.38097 (22.9 %) 912 (100 %) 1042.88893 (100 %)
  2. Apakah bentuk pembangunan yang di jalankan bagi memajukan tanah berkenaan?

    Bentuk pembangunan yang dijalankan bagi memajukan tanah berkenaan adalah sama ada berbentuk pertanian atau komersil, bergantung kepada lokaliti tanah wakaf tersebut. Dalam memajukan dan membangunkan tanah wakaf ini, beberapa objektif telah ditetapkan, antaranya adalah:

    1. untuk meningkatkan nilai ekonomi hartanah wakaf di Selangor;
    2. untuk meningkatkan nilai pelaburan yang munasabah bagi hartanah wakaf melalui aktiviti-aktiviti ekonomi; dan
    3. untuk tujuan Fi sabillillah.

    Sebarang hasil yang bakal diterima daripada pembangunan yang dijalankan kelak akan diagihkan mengikut niat asal pewakaf.

Lampiran

Tiada Lampiran.