Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

87) PEMBANGUNAN TANAH UTILITI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah utiliti dan kemudahan awam?

    Pendirian Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah kemudahan awam adalah di
    kekalkan untuk dirizabkan di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara. Bagi tanah-tanah kemudahan awam yang diwartakan di bawah seksyen 62,
    Kanun Tanah Negara 1965 ianya hanya boleh dibatalkan setelah mendapat
    kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri menurut seksyen 64 KTN.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengekalkan tanah rezab telekom daripada dibangunkan menjadi tanah komersil?

    Pada masa ini tiada sebarang pewartaan dibuat untuk kegunaan rizab Telekom
    memandangkan Seksyen 62, KTN memperuntukkan bahawa pewartaan hanya
    boleh dibuat kepada Badan Kerajaan. Oleh yang demikian, untuk tapak-tapak
    telekomunikasi tanah-tanah dilupuskan secara pemberimilikan. Cukai tanah yang
    dikenakan adalah mengikut kadar perniagaan.

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempertahankan tanah kegunaan utiliti ini untuk kepentingan awam?

    Pegawai Pengawal boleh melaksanakan penguatkuasaan seperti yang
    diperuntukkan di bawah Seksyen 425, KTN bagi mempertahankan tanah
    kerajaan dan tanah rizab untuk kepentingan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.