Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

5) PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan keluasan tanah-tanah terbiar mengikut daerah.

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri tiada senarai lengkap ke atas semua tanahtanah terbiar mengikut daerah. Walaubagaimanapun, berdasarkan Laporan Pemantauan Aset Kerajaan (Tanah) Negeri Selangor, senarai keluasan tanahtanah milik Kerajaan Negeri yang terbiar dan telah dikenalpasti mengikut daerah adalah seperti berikut:

    BIL. DAERAH BILANGAN PLOT LUAS

    (EKAR)

    1. Petaling Tiada Tiada
    2. Klang 10 185.71
    3. Gombak 5 241.82
    4. Hulu Langat 4 557.00
    5. Sepang 6 715.00
    6. Kuala Langat 3 1,380.00
    7. Kuala Selangor 6 376.84
    8. Hulu Selangor 5 930.45
    9. Sabak Bernam 4 2,916.00
      JUMLAH 43 7,302.82

    Sumber: Laporan Pemantauan Aset Kerajaan (Tanah) Negeri Selangor

  2. Apakah langkah Kerajaan untuk memajukan tanah-tanah terbiar ?

    Kerajaan Negeri melalui Unit Taskforce dan Penyelidikan, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah mengenalpasti beberapa tanah yang terbiar dan telah menjalankan kajian dari aspek potensi kemampuan fizikal tanah untuk penyediaan Pelan Perancangan Pembangunan bagi memajukan tanah-tanah tersebut. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) bagi menghalang individu atau mana-mana kumpulan yang menceroboh tanah-tanah terbiar di bawah milikan Kerajaan Negeri. Lima pasukan penguatkuasaan khas telah diwujudkan bersama agensi-agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas sebarang elemen pencerobohan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk merampas tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan?

    Bagi tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan oleh pemilik tanah, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah akan menjalankan tindakan merampas tanah-tanah tersebut berdasarkan Kanun Tanah Negara (KTN) dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.