Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

30) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH YANG TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI TAPAK MASJID, SURAU DAN SEKOLAH AGAMA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapakah Kerajaan Negeri tidak menetapkan syarat kepada pemaju agar menyediakan surau dan kemudahan asas sebagai syarat untuk meluluskan pembangunan mereka?

    Dalam setiap skim pembangunan bercampur di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak pemaju disyaratkan menyediakan tapak-tapak kemudahan awam termasuk tapak surau mengikut piawaian perancangan yang Begitu juga bagi pembangunan kediaman bertingkat dan perniagaan juga perlu menyediakan ruang kemudahan surau untuk kegunaan komuniti setempat.

  2. Sejak bila kelulusan sedemikian diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pemaju?

    Pengenaan syarat bagi penyediaan kemudahan-kemudahan telah pun digunapakai sejak piawaian perancangan disediakan oleh PlanMalaysia@Selangor sejak awal tahun 1970an.

Lampiran

Tiada Lampiran.