Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

174) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH YANG TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI TAPAK MASJID, SURAU DAN SEKOLAH AGAMA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses bagi sekolah agama untuk memohon tanah membina bangunan baru untuk menampung kepadatan murid sekolah?

    Secara dasarnya sebarang pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama dilaksanakan melalui kelulusan yang diperolehi daripada pihak berkuasa negeri dalam perancangan Rancangan Malaysia. Sekiranya pihak sekolah mempunyai perancangan untuk membina bangunan baru, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pendidikan Islam, JAIS untuk tindakan selanjutnya.

     

  2. Bagaimanakah cara atau kaedah yang mudah bagi permohonan pengwartaan baru tanah?

    Pihak Jabatan melaksanakan proses pewartaan dengan mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

  3. Apakah insentif murid yang cemerlang dalam ujian UPKK dan psra dari Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri ada memberikan insentif murid yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada setiap  tahun melalui Anugerah Sultan Idris Shah. Murid yang cemerlang dan yang dipilih merupakan calon terbaik Negeri Selangor dengan menerima insentif sebanyak RM 1,500.00 setiap seorang di bawah peruntukan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.