Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
225) PEMBANGUNAN TANAH SECARA HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi pembangunan tanah secara haram dan tidak terkawal sehingga menyebabkan banjir dan hakisan tanah?
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1965 jika berlaku pelanggaran syarat Statistik bagi tindakan perobohan daripada Pejabat Tanah dan Daerah adalah seperti di Lampiran A
STATISTIK BAGI TINDAKAN PEROBOHAN DARIPADA PEJABAT TANAH DAN DAERAH
-
Berapakah jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri pada tahun 2017 bagi mengatasi masalah tersebut?
Tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut.