Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

154) PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Manifesto Pakatan Selangor PRU 13 menyatakan mahu memajukan Tanah Rizab Melayu agar lebih tersusun dan bernilai.Apakah perancangan kerajaan negeri berdasarkan manifesto ini?

    (Jawapan disediakan oleh Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar)

  2. Berapakah keluasan tanah rizab Melayu mengikut daerah dan peratusannya berbanding keluasan Selangor?

    Berikut adalah pecahan keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut daerah dan peratusannya berbanding keluasan Negeri Selangor, iaitu 2,001,539.25778 ekar (keluasan adalah berdasarkan sumber Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

     

    BIL

     

    DAERAH

     

    BILANGAN TANAH REZAB

     

    JUMLAH KELUASAN

    (Ekar)

     

    PERATUS KELUASAN (%)

    1. Sabak Bernam 13 191,419.004 9.56
    2. Kuala Selangor 66 57,779.831 2.89

     

     

    BIL

     

    DAERAH

     

    BILANGAN TANAH REZAB

     

    JUMLAH KELUASAN

    (Ekar)

     

    PERATUS KELUASAN (%)

    3. Klang 14 19,913.801 0.99
    4. Gombak 19 11,543.458 0.58
    5. Petaling 7 2,776.141 0.24
    6. Hulu Langat 15 33,473.474 1.67
    7. Kuala Langat 14 45,272.742 2.26
    8. Sepang 16 24,802.360 1.24
    9. Hulu Selangor 29 39,353.690 1.97
       

    JUMLAH

     

    193

     

    426,334.501

     

    21.3

  3. Berapakah nilai semasa hartanah yang tersebut?

    Dalam mengenal pasti nilaian semasa hartanah (Tanah Rizab Melayu) mengikut daerah berdasarkan jumlah keluasan, skop tersebut adalah terlalu umum. Ini kerana bagi mendapatkan nilaian semasa hartanah maklumat seperti lokasi, kedudukan plot tanah, jenis kegunaan tanah dan keadaan fizikal plot tanah adalah diperlukan dalam membuat analisa tersebut. Namun secara umumnya, kadar peratusan Tanah Rizab Melayu adalah 10% hingga 15% lebih rendah dari Tanah Bukan Rizab Melayu. Nilaian semasa Tanah Rizab Melayu ada kala nya setara dengan nilaian Tanah Bukan Rizab Melayu, contohnya di Daerah Petaling, Gombak dan Klang. Faktor ini disebabkan oleh permintaan tanah bagi tujuan pembangunan adalah terlalu tinggi berbanding jumlah keluasan tanah bagi pembangunan yang semakin

     

Lampiran

Tiada Lampiran.