Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
1) PEMBANGUNAN TANAH REZAB MELAYU (TRM)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah keluasan TRM Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod PTGS data Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor sehingga Disember
Jumlah keluasan TRM di Negeri Selangor yang telah diwartakan adalah sebanyak 400,246.02 ekar. Berikut adalah pecahan jumlah TRM mengikut daerah :
DAERAH
JUMLAH KELUASAN TERKINI
PETALING 2,822.68 GOMBAK 12,488.07 KLANG 21,076.86 SEPANG 31,371.53 HULU SELANGOR 42,225.87 HULU LANGAT 33,767.98 KUALA LANGAT 36,988.07 KUALA SELANGOR 60,808.04 SABAK BERNAM 158,696.92 JUMLAH 400,246.02 -
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan TRM yang strategik demi meningkatkan tahap ekonomi orang Melayu?
Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan khusus untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu yang membabitkan sembilan (9) daerah di Negeri Sebarang pembangunan Tanah Rizab Melayu bagi hakmilik individu adalah tertakluk kepada pembangunan yang dilaksanakan oleh pemilik tanah yang tertakluk kepada zoning dalam Rancangan Tempatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah.
-
Sila senaraikan projek pembangunan TRM oleh GLC sejak 5 tahun yang lalu.
Tiada projek pembangunan TRM oleh GLC sejak 5 tahun yang