Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

225) PEMBANGUNAN TANAH PKPS DI DUSUN TUA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan tanah PKPS seluas 600 ekar di Dusun Tua ?

    Syarikat Serimba Agro Resources Sdn Bhd (SARSB) merupakan pemajak  tanah tersebut melalui perjanjian pajakan tanah yang telah dimeterai pada 1 April 2005 di antara SARSB dan PKPS. Keluasan tanah ialah 530.11 ekar (214.53 hektar).

    Pada tahun 2010, seluas 116.91 ekar (47.31 hektar) tanah telah diambil balik oleh Kerajaan Negeri dan pengambilan ini didakwa oleh SARSB telah menyebabkan cadangan projek pembangunan mereka menjadi tidak ”viable”. SARSB mendakwa PKPS telah mendorong Kerajaan Negeri untuk membuat pengambilan balik tanah. Lanjutan itu, SARSB telah memfailkan saman terhadap PKPS di mahkamah.

    Maka itu, PKPS tidak dapat melaksanakan apa-apa aktiviti di atas tanah tersebut kerana terdapat kes saman di antara SARSB dengan PKPS yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.