Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

126) PEMBANGUNAN TANAH PERSENDIRIAN TANPA KEBENARAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menguatkuasakan peraturan pembangunan tanah persendirian yang berstatus pertanian dan mengawal pembangunan yang tidak terkawal tanpa kebenaran merancang terlebih dahulu daripada Kerajaan Tempatan?

    Tanah Pertanian tidak dibenarkan untuk tujuan pembangunan. Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor sentiasa memantau pembangunan di atas tanah pertanian dan menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172 kepada pemilik tanah yang menjalankan pemajuan tanpa kebenaran.

    Melalui Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas pemilik tanah melalui :

    1. Seksyen 26 (i) (a) – Melanggar seksyen 18 iaitu menggunakan atau membenarkan tanah atau bangunan digunakan dengan tidak menurut Rancangan Tempatan (RT)
    2. Seksyen 26 (i) (b) – melanggar seksyen 19 iaitu menjalankan pemajuan tanpa Kebenaran Merancang

     

    Tindakan penguatkuasaan diambil bergantung kepada kesalahan yang dilakukan di tapak dengan melibatkan tindakan perundangan di mahkamah atau keperluan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 31, Akta 172 yang lebih tegas.

Lampiran

Tiada Lampiran.